SELASA, 3 APRIL – Seminar Pembangunan Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan (PESOLAR) 2018 yang berlangsung di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu mampu menjadi platform terbaik menghimpunkan golongan ahli akademik dan wakil agensi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membincangkan isu pembangunan sumber dan komuniti luar bandar dalam konteks negara Malaysia.
Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, pelbagai isu dan cabaran membabitkan pembangunan, komuniti dan alam sekitar perlu ditangani berdasarkan pendekatan lestari melalui kajian ilmiah yang sistematik secara antara disiplin kerana pendekatan sebegini boleh menghasilkan cadangan penyelesaian yang jitu dan realistik.
“Konsep ‘pembangunan’ sumber dan komuniti luar bandar telah menjadi kata kunci dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi dan politik negara sejak merdeka, manakala konsep pembangunan lestari merupakan pendekatan yang ideal kerana menekankan keseimbangan pembangunan dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar khususnya kepada komuniti luar bandar.
“Tugas bagi mencapai keseimbangan ini bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi kita semua harus menghadapinya dengan tabah dan berbekal ilmu pengetahuan dan kepakaran yang diiktiraf dan berinovasi,” katanya dalam ucapan aluan seminar PESOLAR 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Radin Malleh.
Ujar beliau, penganjuran seminar tersebut adalah tepat pada masanya dan merupakan suatu platform dalam perkongsian idea, pengetahuan dan maklumat oleh pelbagai pihak bagi bersama-sama berganding bahu demi mencapai wawasan negara.
Dalam pada itu, Datuk Seri Panglima Radin Malleh dalam ucapan perasmiannya berkata, seminar PESOLAR 2018 bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang memberikan fokus terhadap usaha memperkukuhkan pembangunan sumber dan komuniti luar bandar bagi kemakmuran masyarakat luar bandar.
“Di samping itu, kementerian sedang merancang mewujudkan lebih banyak program dan aktiviti bagi mempertingkatkan lagi kualiti hidup komuniti luar bandar.
“Kementerian turut mempergiatkan pembangunan luar bandar serta mengukuhkan sosioekonomi secara holistik untuk kesejahteraan komuniti setempat,” katanya.
Bertemakan “Merekayasa Produktiviti Sumber Untuk Kemakmuran Komuniti Luar Bandar”, seminar selama tiga hari itu bakal menyaksikan sebanyak 10 buku karya suntingan yang melibatkan 112 bab hasil pembentangan seminar bakal diterbitkan.



ISNIN, 02 APRIL - Voice For You anjuran Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA) 鶹Ƶ (UMS) diadakan baru-baru ini bagi mempelajari asas bahasa isyarat.
ISNIN, 02 APRIL - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan Kursus Pengurusan Majlis, Etiket dan Protokol bertempat di Bilik Seminar, JHEP baru-baru ini.
KHAMIS, 29 MAC - Exco Kebajikan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Excellent 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan Program Interaksi Sosial bersama Kanak-Kanak di Kampung Numbak baru-baru ini.
KHAMIS, 29 MAC – 鶹Ƶ (UMS) menerusi Makmal Analisis Air UMS di bawah Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) bakal menyediakan perkhidmatan ujian analisis air yang mematuhi piawaian antarabangsa apabila makmal tersebut berjaya mendapat akreditasi Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 dari Jabatan Standard Malaysia.