鶹Ƶ

SELASA, 12 Disember 2017 – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan Karnival Sukan Keluarga (KASUGA) bertempat di Kompleks Sukan UMS baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FPEP, karnival itu merupakan acara tahunan sebagai platform bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga FPEP.

Sebanyak 16 acara dipertandingkan membabitkan acara balapan dan padang iaitu acara 100m, 400m, 800m, 1200m, 4 x 100m, 4 x 400m selain tarik tali, lompat jauh dan lompat tinggi.

Turut menjadi pengisian ialah pertandingan badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang, sepak takraw dan futsal serta sukan permainan video elektronik (e-sport) Mobile Legend.

Karnival selama tiga hari yang disertai 10 program FPEP menyaksikan Program Perniagaan Antarabangsa (HE09) muncul sebagai johan keseluruhan, disusuli Program Pengurusan Kewangan dan Perbankan (HE06) ditempat kedua dan Program Pengurusan Sumber Manusia (HE11) ditempat ketiga.

Hadir sama menjayakan karnival ini ialah Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Raman Noordin, dan  Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Ephraim Koruthu.

 

Sumber: Mardena Jiwan HEP

JUMAAT, 08 DISEMBER - Seramai 70 peserta menyertai ‘UMS Charity Run’ yang dianjurkan baru-baru ini oleh Persatuan Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE)  鶹Ƶ (UMS).  

Menurut kenyataan yang dikeluarkan IEEE, larian tersebut dimulakan dari Fakulti Kejuruteraan (FKJ) melalui beberapa laluan sejauh tujuh kilometer di sekitar UMS sebelum kembali semula ke FKJ bagi menamatkan larian.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Ketua Program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik FKJ UMS, Ir. Pungut Ibrahim.

Kenyataan IEEE turut memaklumkan bahawa larian tersebut diadakan bertujuan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKKU), Sembulan.

Larian tersebut yang turut dijayakan beberapa ahli Kelab Prosis, juga menyaksikan kehadiran tiga kanak-kanak kurang upaya yang turut serta dalam larian sehingga ke Bulatan Menara Jam UMS.

Sebanyak RM1,000 berjaya dikumpulkan pada larian itu yang kemudian disampaikan oleh Ir Pungut kepada wakil TDKKKU, Sarina Bukut.

Ir. Pungut turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang larian.

Sumber: Khairul Najmi

 

JUMAAT, 08 DISEMBER - Kelab Pelancongan 鶹Ƶ (TRUMS) baru-baru ini menganjurkan Program Kepimpinan Global (GLP) bertempat di Hotel Lab, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS.

Pengarah program, Zarsha Chong berkata, program itu mendapat penyertaan seramai  35 pelajar dari 10 fakulti yang terdapat di UMS.

“GLP antara lain memberi pendedahan tentang kemahiran teknik berkomunikasi di peringkat global sebagai persiapan untuk para pelajar menghadapi cabaran terkini dalam pasaran kerja.

“Justeru, ini merupakan satu peluang yang baik untuk para peserta menambahkan kemahiran insaniah sekali gus menjadi graduan yang berdaya saing apabila menamatkan pengajian kelak,” katanya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi Kerusi Fakulti di FPEP.

Program sehari itu menyaksikan tiga pensyarah FPEP yang berpengalaman dijemput sebagai penceramah jemputan.

Mereka ialah Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, Mohd. Rizwan Abdul Majid dan Datu Razali Datu Datuk Eranza yang membicarakan topik Etika Perniagaan Global, Etika dan Tatacara Makan serta topik Komunikasi Rentas Budaya.

Kesemua peserta kemudiannya turut menjalani praktikal etika dan tatacara makan dengan mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh pada acara makan tengahari yang disediakan pelajar Program Pengurusan Hotel di Restoran Hotel Lab, FPEP.

Dalam pada itu, Penasihat TRUMS, Dr. Tini Maizura Mohtar berkata, penganjuran program tersebut adalah satu platform yang baik untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran insaniah pelajar.

“Atas dasar itu, kemungkinan besar program ini kita wujudkan satu modul untuk menjadi ia sebagai program tahunan anjuran TRUMS,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah) FPEP, Dr. Kamisan Pusiran.

KHAMIS, 7 DISEMBER - Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dianugerahkan pangkat Kepten (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dalam satu majlis rasmi hari ini.

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat PSSTLDM itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Penganugerahan pangkat tersebut diberikan selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang memperakukan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke - 558 yang bersidang pada 23 Ogos untuk mentauliahkan Datuk D Kamarudin sebagai Kepten (Kehormat) PSSTLDM.

Hadir sama menyaksikan penyempurnaan majlis pemakaian pangkat tersebut Pegawai Kanan TLDM, Laksamana Pertama Khalid Jaafar dan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS, Komander (Kehormat) Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani.

KHAMIS, 07 DISEMBER - Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan  Simposium Pascasiswazah kali ke-9, kelmarin.

Bertempat di Galeri, Bangunan Canselori UMS, simposium yang diadakan secara tahunan itu menekankan aspek perkongsian akademik dalam kalangan pelajar pascasiswazah dan pensyarah.

Menurut Pemangku Pengarah IBTP, Prof. Madya Dr. Monica Suleiman, ia merupakan platform yang baik untuk pelajar pascasiswazah IBTP mengongsikan cadangan penyelidikan, idea dan keputusan mereka dengan pelajar lain, serta kepada penyelidik dan para pensyarah.

“Sepanjang simposium ini saya juga ingin berpesan agar pembentang dapat membuat teknik penyampaian dengan baik, sementara sebarang cadangan atau kritikan haruslah dikemukakan dengan berhemah terhadap mana-mana pembentang,” katanya ketika berucap merasmikan simposium itu.

Beliau berkata, ahli akademik dan penasihat juga harus memberi komen positif untuk menggalakkan dan membantu pelajar memperbaiki penyelidikan mereka.

Dalam pada itu, Dr. Monica turut menekankan agar para pelajar pascasiswazah juga sentiasa berhubung dengan penyelia masing-masing untuk memastikan mereka mampu mencapai sasaran untuk bergraduan dalam tempoh masa yang ditetapkan (Graduate on time).

Pada simposium tersebut seramai 20 pelajar pascasiswazah membentangkan cadangan penyelidikan, kemajuan penyelidikan dan pembentangan pra-viva, selain pembentangan empat poster.

 

Sumber: IBTP