KHAMIS, 12 APRIL - Seramai 75 kakitangan 鶹Ƶ (UMS) dan 23 pelajar Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) UMS mengikuti Latihan Kecemasan Ancaman Bom anjuran Pusat Islam UMS (PIUMS) dengan kerjasama Pasukan Pemusnah Bom, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid UMS, kelmarin.
Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohammad Fazri Abd. Hamid, pelaksanaan latihan Emergency Respon Team (ERT) itu bertujuan untuk memberi latihan dan pendedahan tentang pelan tindakan yang perlu diambil oleh kakitangan terlibat sekiranya berlaku kecemasan seperti ancaman bom.
“Program ini bukan sahaja bagi memenuhi kriteria untuk pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS), tetapi juga amat bermanfaat kepada semua kakitangan PIUMS dan seluruh warga UMS supaya dapat mempelajari langkah-langkah awal yang patut diambil sekiranya menghadapi situasi sebenar seperti ini, dan harapan saya agar program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas program.
Turut diadakan, taklimat keselamatan yang disampaikan kakitangan Pasukan Unit Pemusnah Bom PDRM, Sarjan Mejar Mohamad Nasir Saat.
Pelaksanaan latihan kecemasan ancaman bom ini turut melibatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hadir sama, Pengarah PIUMS, Prof. Madya Dr. Muhammad Suhaimi Taat; Ketua Unit Pasukan Pemusnah Bom PDRM, ASP Barnabas Madaun serta Timbalan Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman.



KHAMIS, 12 APRIL - Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum mencadangkan agar 鶹Ƶ (UMS) mewujudkan Program Pengajian Undang-undang.
SELASA, 10 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) menerusi Pusat Pengurusan EcoCampus bersama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan ‘Kolokium Kelestarian Kampus dan Alam Sekitar 2018’ di Cafe D’Sireh, Bangunan Canselori UMS kelmarin.
SELASA, 10 APRIL - Kira-kira 120 staf 鶹Ƶ (UMS) menghadiri program Sehari Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) anjuran Jabatan Bendahari dan Jabatan Pendaftar pagi tadi.
ISNIN, 09 APRIL - Tabung makanan Kolej Kediaman Excellent (KKE) 鶹Ƶ (UMS) dilancarkan baru-baru ini di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) kolej berkenaan.