JUMAAT, 18 MEI - Kursus teknikal “Acuan dan Perancah Binaan” yang melibatkan pelajar Fakulti Kejuruteraan (FKJ) 鶹Ƶ (UMS) mampu mengetengahkan kepada peserta tentang kemahiran teknikal serta pengalaman sebagai persediaan bakal graduan Kejuruteraan Awam untuk memenuhi pasaran sektor pembinaan negara.
Menurut pengarah program, Sahaluddin Syah Jawaludi, program sebegini penting bagi pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam sebagai salah satu medium pembelajaran selain daripada kuliah.
“Sesi seminar yang diadakan dapat menambah pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem acuan dan perancah binaan.
“Bagi sesi praktikal pula, peserta berpeluang mencuba sendiri kaedah pemasangan sistem acuan dan perancah binaan, dan ini secara tidak langsung dapat menguatkan lagi kemahiran pelajar dan menambah pengalaman yang berharga,” katanya.
Sementara itu, pensyarah Kejuruteraan Awam, Sr. Asmawan Mohd Sarman berkata sepanjang program itu berlangsung, para pelajar berpeluang untuk diketengahkan dengan penggunaan teknologi mesin dan peralatan dari Jerman yang disediakan oleh Syarikat PERI Formwork Malaysia Sdn Bhd.
“Diharapkan program ini memberi pendedahan awal kepada pelajar yang bakal menempuhi pasaran sektor pembinaan pada masa akan datang dan sekali gus mereka lebih bersedia dengan suasana kawasan pembinaan yang terkenal dengan 3D, iaitu, “Danger, Dirty and Difficult”.
“Selain itu, program ini juga dapat melahirkan graduan yang berkualiti, berkeyakinan dan berintegriti,” ujar beliau.
Pelajar tahun dua Kejuruteraan Awam, Fatin Munirah Mohd ketika berkongsi pengalaman beliau berkata, program ini sangat bermanfaat kepada pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan.
“Ini kerana graduan kejuruteraan seharusnya mempunyai pendedahan berkaitan perihal praktikal seperti penggunaan perancah di tapak pembinaan,” katanya.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu disertai seramai 70 pelajar dan pensyarah Kejuruteraan Awam.



KHAMIS, 17 MEI - Sejumlah RM30,000 sumbangan diperuntukkan 鶹Ƶ (UMS) bagi membantu aktiviti alumni di peringkat fakulti.
KHAMIS, 17 MEI – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) sedia bekerjasama dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Labuan (DPIML) dalam menjayakan penganjuran persidangan antarabangsa, iaitu "Applied International Business Conference (AIBC 2018)" kali ke-3 yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 dan 24 Oktober 2018.
RABU, 16 MEI - Seramai 36 peserta mengambil bahagian dalam program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi sekolah luar bandar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau baru-baru ini.
SELASA, 15 MEI - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 鶹Ƶ (UMS), Profesor Dr. Shahril Yusof menyarankan agar hasil seni pelajar program Teknologi Seni Visual, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) dipamerkan kepada umum.