ISNIN, 14 MEI - Para penyelidik 鶹Ƶ (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas dan lapan perak dalam penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018 baru-baru ini.
Pingat-pingat itu diperoleh daripada 10 penyelidikan yang dipertandingkan pada pameran tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.
Penyelidik yang telah menyumbangkan pingat emas ialah Prof. Dr. Khin Maung Ohn @ Arif dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) melalui inovasi bertajuk Novel POP Roller (NOPORO). Inovasi itu turut membolehkan beliau meraih Anugerah Khas IFIA Medal for Best National Invention.
Pingat emas kedua pula diperoleh melalui Prof. Madya Dr. Rayner Alfred dari Fakulti Komputeran dan Informatik dengan inovasi bertajuk MADBOOST: A Multiple Adaptive Diversified Boosting Approach to Infrared Face Recognition Based on Ensemble Classifiers.
Sementara itu, pingat perak telah dimenangi Dr. Joko Sulistyo dengan tajuk penyelidikan GARBISTER: Mushroom Grown on Garbage, Dr. Clarence Ongkudon dengan tajuk Mini Bio-Integrated Ultrafiltration System, Dr. Newati Wid bertajuk StruFosfat: High-P Struvite Fertiliser from Food Waste, dan Dr. Zamhar Iswandono Awang Ismail dengan penyelidikan bertajuk Thesaurigame.
Turut menyumbang perak ialah Dr. May Honey Ohn dengan tajuk kajian Development of ECG Gamification Platform GaMED-ECG, dan Siti Hasnah Tanalol - Amazing Jawi AR.
Dua pingat perak selebihnya dihasilkan melalui dua kajian Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor yang masing-masing bertajuk Izzyberry dan Thirstberry.
Pameran pertandingan inovasi dan teknologi bertaraf antarabangsa itu merupakan pameran tahunan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS).
Majlis penyampaian pingat dan anugerah kepada para penyelidik yang menang disempurnakan Setiausaha Kehormat MINDS, Myocho Kan.
Lebih 1,000 rekacipta dari 23 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Taiwan, Korea Selatan dan Arab Saudi dipamerkan pada ITEX kali ke-29 itu.



The work of making dictionaries describes impossibility because it is a daunting task to be carried out specifically by those from cultures which do not have the advantage of established and extensive documented history of literacy and lexical recording of their languages.
SELASA, 8 MEI – Sukarelawan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), 鶹Ƶ (UMS) seramai 40 orang terdiri dari kalangan pelajar dari pelbagai fakulti telah menjayakan program ‘Teach The Needy’ di Kampung Numbak, satu perkampungan atas air yang terletak di belakang 1Borneo Hypermall baru-baru ini.
TUESDAY, 8 MAY – An ‘Educational Visit and University-Industry Interaction Programme’ was successfully conducted yesterday when 25 students taking tourist guide licensing course from Borneo Tourism Institute (BTI) visited 鶹Ƶ (UMS) under the coordination with the UMS EcoCampus Management Centre.
ISNIN, 7 MEI - Seramai 20 peserta menyertai Bengkel Pengkulturan Tisu Tumbuhan anjuran Unit Kajian Orkid (UKO), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini.