鶹Ƶ

JUMAAT, 16 MAC – Siswa-siswi 鶹Ƶ (UMS) digesa untuk merebut peluang dalam industri dan ekonomi digital yang semakin berkembang maju di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood berkata, ini kerana industri digital dan teknologi maklumat semakin memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan seharian, serta turut mengubah landskap bidang perniagaan pada masa kini.

“Dunia pada hari ini berhubung dengan secara aktif melalui pelbagai aplikasi seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan sebagainya, dan elemen-elemen ini turut diguna pakai dalam bidang perniagaan masa kini.

“Teknologi seperti Mobile Wallet dan Virtual Reality juga mula diguna pakai dalam perkhidmatan perniagaan di luar negara, menjadikan ekonomi digital di negara ini berpotensi untuk berkembang maju melalui permintaan terhadap pelbagai teknologi serba canggih dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu siri ceramah CEO Talk bertajuk “Championing Malaysia’s Digital Economy” di Dewan Kuliah Pusat Ke-2.

Tambah beliau, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti eUsahawan dan eRezeki bagi membuka peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam ekonomi digital sekali gus membantu memperkembangkan perniagaan mereka serta menambah pendapatan individu.

“Industri kreatif juga semakin berkembang luas dengan pelbagai animasi tempatan seperti Upin Ipin, Boboiboy dan sebagainya turut mendapat pasaran di luar negara,” ujar beliau.

Lebih 500 pelajar hadir pada sesi ceramah yang turut dihadiri Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

KHAMIS, 15 MAC – Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Jenazah 2017/2018 di Dewan Utama kolej kediaman tersebut baru-baru ini.

Pengarah Program, Norhisam Hashimudin berkata, penganjuran program itu bertujuan memberi pendedahan kepada tatacara pengurusan jenazah yang betul kepada pelajar UMS.

“Melalui program ini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar menjalankan kewajipan fardhu kifayah untuk berbakti kepada masyarakat pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Pusat Islam UMS, Ustaz Jimmis Jumaat.

Dalam ceramahnya beliau menerangkan tiga perkara yang harus segera dilakukan setiap individu Muslim, pertama hendaklah menikahkan segera anak perempuan bila sampai waktunya, yang kedua melunaskan hutang piutang dan ketiga adalah menyegerakan pengurusan jenazah.

“Di sini dapat dilihat betapa pentingnya menyegerakan pengurusan jenazah dan ia dituntut oleh setiap individu yang masih hidup kepada yang telah meninggal dunia, ingatlah setiap yang hidup pasti akan merasai mati,” tambahnya sebelum menutup sesi ceramah tersebut.

Program sehari itu disertai seramai 42 pelajar dari Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Excellent dan Kolej Kediaman Angkasa.

 

KHAMIS, 15 MAC - Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Madius Tangau berkata Malaysia memerlukan tenaga kerja dinamik, yang memiliki pelbagai kemahiran dan kepakaran dalam bidang berkaitan marin untuk menangani isu alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya.
Beliau berkata disebabkan Malaysia mempunyai kawasan marin yang lebih luas daripada kawasan daratan, maka negara ini memiliki banyak sumber dan sekali gus memikul tanggungjawab besar dalam menguruskannya.

"Malaysia adalah sebuah negara maritim, yang banyak bergantung pada pelayaran serta pengangkutan bagi menghubungkan bahagian timur dan barat negara ini serta dengan dunia luar, di samping bagi banyak tujuan lain.

"Malaysia mempunyai kepentingan nasional dalam melindungi perkhidmatan ekosistem marin, yang memainkan peranan semakin penting dalam ekonomi, gaya hidup dan kehidupan harian.

"Dalam konteks ini, saya perlu menyebut bahawa 鶹Ƶ (UMS), melalui program pendidikan dan aktiviti penerangan berkaitan lautan, boleh memberi sumbangan besar dalam usaha melahirkan profesional dalam bidang kelautan serta tenaga kerja di pelbagai peringkat bagi membantu negara ini mengurus warisan marinnya dengan lebih berkesan," kata beliau.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Sains dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul yang mewakili beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) 鶹Ƶ (UMS).

Tambah Dr. Ramzah, input daripada golongan pakar amat diperlukan dalam menghasilkan polisi pemuliharaan alam marin yang lebih baik.

“Kurangnya input daripada saintis dan pihak yang memahami ekosistem alam sekitar antara masalah yang dihadapi penggubal polisi di negara ini. Ini menyebabkan wujudnya jurang antara golongan saintis dengan penggubal polisi, ujarnya.

Tambah beliau, para saintis perlu memahami tentang proses penggubalan polisi supaya mereka boleh memberikan input yang bersesuaian.

Seramai 114 peserta termasuk penyertaan luar negara menyertai persidangan tersebut selama dua hari bermula kelmarin.

Pada majlis itu juga, UMS dan Sutera Harbour Resort menandatangani perjanjian penajaan bersama dengan Jebsen & Jessen (Sea) Ptd Ltd.

Turut Hadir Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin; Pengarah IPMB Profesor Dr. Rossita Shapawi; Pengerusi Jebsen & Jesson (Sea) Heinrich Jessen; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sutera Harbour Resort Kenneth Goi Kok Ming serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti.

RABU, 14 MAC 2018 -  鶹Ƶ (UMS) bakal memiliki ‘Teaching Resort’ dalam kampus hasil pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Traverse Tours Sdn. Bhd, menjadikannya sebagai universiti pertama di Malaysia yang akan menyediakan kemudahan tersebut.

MoA tersebut dimeterai dalam satu majlis di Fakulti Komputeran dan Informatik kelmarin, dengan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin mewakili UMS menandatangani dokumen perjanjian tersebut, manakala Traverse Tours Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusannya, Dares Saham.

Turut menyaksikan majlis menandatangani dokumen antara kedua-dua pihak adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeoh Boon Hai; dan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Melalui kerjasama tersebut, UMS bakal mempunyai resort yang menyediakan kemudahan 30 unit chalet berkonsepkan eco-friendly berserta kemudahan restoran dan spa dijangka mampu menarik para pelancong luar dan dalam negara menginap di tepi pantai di kelilingi suasana kampus.

Ini sekali gus dapat memberi latihan dan pengalaman industri secara terus kepada pelajar-pelajar jurusan perhotelan dan pelancongan UMS melalui bantuan pihak Traverse Tours Sdn. Bhd. yang berpengalaman dalam industri pelancongan selama hampir 30 tahun.

Dalam pada itu, Datuk D Kamarudin dalam satu kenyataan berkata, teaching resort tersebut bakal memberi nilai tambah yang tidak ternilai kepada para pelajar perhotelan dan pelancongan UMS bagi memenuhi pasaran kerja dan industri.

“Ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mahu memperkasakan konsep industry in campus dengan membawa pihak industri bekerjasama dengan pihak universiti.

“Hasil kolaborasi bersama dengan pihak industri akan memberi nilai tambah dan kelebihan kepada bakal-bakal graduan khususnya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti selain menyasarkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya.

Teaching Resort tersebut bakal dibina berdekatan dengan bangunan FPEP serta berhampiran dengan pantai memberikan landskap resort yang menarik kepada bakal pelancong yang menginap di chalet yang akan disediakan nanti.

 

 

 

 

RABU, 14 MAC - UMS bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) pada April depan bagi menjalin kerjasama erat dalam reka bentuk kayu dan perabot.

Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Prof. Dr. Baba Musta berkata langkah itu selaras dengan hasrat UMS mewujudkan program latihan berkaitan reka bentuk kayu berkonsepkan program 3 Universiti 1 Industri (3U1I) dalam pengambilan pelajar akan datang.

“Program ini melibatkan pelajar program Teknologi dan Industri Kayu yang akan terpilih untuk diberi peluang kepada mereka mengasah lagi kemahiran serta kreativiti sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk diserap di mana-mana syarikat mahupun industri perabot,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar ‘Professional Design Programme (PDP)’ di Galeri Majlis, UMS baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Seminar PDP anjuran bersama UMS dan MTIB tersebut adalah bagi memberikan kesedaran dan pendedahan terhadap seni dalam reka bentuk kayu dan perabot.

“Diharapkan penganjuran program sebegini mampu merangsang dan memperkembangkan potensi penghasilan produk berasaskan kayu yang lebih berkualiti dan setanding dengan produk antarabangsa,” katanya.

Seramai lima pereka perabot profesional dari Itali, Australia dan Belgium berkongsi ilmu bersama lebih 200 pelajar FSSA dan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan dalam seminar tersebut.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Haji Mahpar Atan dan Ketua MTIB Wilayah Sabah, Mazree Iman.