KHAMIS, 28 JUN - Amerika Syarikat (AS) meluaskan kerjasamanya dengan Malaysia dalam pelbagai isu, terutama perkara berkaitan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan.
Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdhir berkata, selain itu kedutaan AS di Malaysia turut memberi fokus terhadap pembelajaran bahasa Inggeris untuk anak muda di Sabah dan menggalakkan mereka melanjutkan pelajaran di AS.
“Kami ingin menggalakkan lebih ramai warga Sabah untuk memohon menyertai program Inisiatif Pimpinan Muda Asia Tenggara (YSEALI) bagi menyemarakkan hubungan di rantau ini,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sehari bersempena ‘America Day Field Trip’ di Perpustakaan 鶹Ƶ kelmarin.
Menurut beliau sehingga kini, lebih 7,000 rakyat Malaysia menyertai program AS di bawah YSEALI.
Program bersempena ‘America Day Field Trip’ di UMS tersebut turut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kursus permainan papan selaju (skateboarding), ceramah kerjaya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta seminar tentang pengajian di AS.
“Program ini mendorong pelajar sekolah menengah untuk berfikir tentang apa yang ingin mereka lakukan pada masa akan datang di universiti dan kolej serta membuka peluang untuk mereka melanjutkan pembelajaran di Malaysia dan AS,” tambahnya.
Beliau turut berkesempatan membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin di Bangunan Canselori.
Turut mengiringi beliau, Ketua Pustakawan UMS, Puan Dayang Rukiah Awang Amit.



RABU, 27 JUN - Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Soon menyokong penuh kerjasama rapat kementeriannya dengan 鶹Ƶ (UMS).
ISNIN, 25 JUN - Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini menerima kemasukan seramai 312 pelajar baharu bagi Program Asasi Sains sesi 2018/2019.
RABU, 13 JUN - Alumni Fakulti Psikologi dan Pendidikan (AFPP), 鶹Ƶ (UMS) mengadakan Majlis Iftar sambil Beramal di Hotel Dreamtel Kota Kinabalu baru-baru ini.