SELASA, 14 OGOS – Hari Keluarga Kesatuan Kakitangan Am 鶹Ƶ (KEKAUMAS) 2018 yang berlangsung di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini meriah dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada peserta bersama ahli keluarga.
Menurut Pengarah Program, Salmiah Tertib, program Hari Keluarga itu merupakan aktiviti yang dirancang untuk semua ahli KEKAUMAS bersama keluarga masing-masing bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim dan saling mengenali sesama keluarga ahli KEKAUMAS yang lain.
“Kita sangat bertuah kerana program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan di samping keadaan cuaca yang baik membolehkan setiap acara berlangsung dengan lancar,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Juniezam Juka ketika mewakili Pendaftar UMS, No’man Hj. Ahmad ke program tersebut berkata, penganjuran Hari Keluarga KEKAUMAS merupakan salah satu wadah untuk mengeratkan jalinan kekeluargaan sesama ahli, dan pujian harus diberikan kepada ahli jawatankuasa program atas usaha merealisasikan penganjuran program tersebut.
“Diharapkan ahli-ahli KEKAUMAS akan terus bersatu hati dan menggembleng tenaga untuk memajukan diri serta menjaga nama baik kesatuan demi kecemerlangan universiti yang kita sayangi ini.
“Tahniah juga kepada semua ahli yang hadir bersama keluarga masing-masing untuk memeriahkan lagi program ini, semoga anda semua bergembira dalam menyertai pelbagai acara menarik dengan hadiah-hadiah yang lumayan,”ujar Juniezam.
Pada acara tersebut, keluarga Tuan Hj. Manap Hj. Jainudin yang merupakan pesara UMS menerima ‘hadiah misteri’ selepas dinobatkan sebagai keluarga paling sporting dengan penyertaan ahli keluarga yang teramai serta menjadi pasukan terbaik dalam semua permainan.
Program itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan kebajikan oleh Juniezam kepada ahli yang bersalin dan ahli yang ditimpa musibah, selain sumbangan kepada ahli yang telah bersara serta hadiah kepada para pemenang setiap acara.
Hadir sama, Presiden KEKAUMAS, Abdul Jalil Sapli dan Mantan Presiden KEKAUMAS, Amat Jutrah Hj. Musnih.



MONDAY, 13 AUGUST – The Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) in collaboration with a private company, Epal Handicraft Training Centre recently initiated an EcoCampus project held in conjunction with the National Day 2018 themed, “Sayangi Malaysiaku” (Love My Malaysia).
ISNIN, 13 OGOS - Seramai 667 pelajar menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di 鶹Ƶ (UMS).
FRIDAY, 10 AUGUST - The Research Unit for Languages & Linguistics of Sabah (RULLS), Centre for the Promotion of Knowledge and Language (PPIB) continues to lead in its promotion of research on languages and linguistics of Sabah at UMS.