鶹Ƶ

JUMAAT, 6 APRIL – Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan bengkel Pertahanan Diri bersempena dengan program Hari Siswi di dewan Utama Kolej Kediaman Tun Mustapha, UMS baru-baru ini.

Menurut pengarah bengkel tersebut, Nur Syafiqah Diana Sanim, penganjurannya antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada siswi tentang pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas berkaitan dengan seni mempertahankan diri.

“Golongan siswi kini perlu melengkapi diri dengan ilmu mempertahankan diri supaya tidak dilihat lemah pada pandangan kaum lelaki di luar sana,” katanya.

Pada program itu, seorang jurulatih Shorinji Kempo dari Sabah Shorinji Kempo Association, Athirah Ahmad Zukhi telah memberi tunjuk ajar mengenai ilmu seni mempertahankan diri apabila diserang musuh.

Sementara itu, Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kol (PA) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin berkata, kaum wanita sememangnya berperanan penting dalam mencorak masa depan negara apatah lagi wanita merupakan pengasuh dan pendidik generasi muda yang bermula dari institusi kekeluargaan seterusnya ke alam masyarakat sebenar.

“Justeru, kedudukan kaum wanita yang semakin penting dalam pelbagai bidang yang diceburi maka sedikit sebanyak program Hari Siswi ini dapat membantu memperkasakan siswi bukan saja untuk bersaing dengan kaum lelaki tetapi turut sama membangunkan generasi muda masa kini,” Katanya semasa melancarkan program tersebut.

Seramai 232 siswi bersama ahli jawatankuasa JAKMAS telah menjayakan program sehari itu.

Hadir sama, dua orang tetamu jemputan yang merupakan Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Dr. Gunasunthari Ganeson dan Hanita Gahoon serta Yang Dipertua JAKMAS, Mohamad Azad Hafiz Ismail.

KHAMIS, 5 APRIL – “ACE” (Awesome Customer Experience) atau “Pengalaman Hebat Pelanggan” menjadi fokus utama Pendaftar 鶹Ƶ (UMS), No’man Haji Ahmad dalam memastikan pengukuhan terhadap tadbir urus dan sistem penyampaian warga kerja universiti.

Katanya, bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, setiap kakitangan perlu memastikan agar pelanggan universiti mendapat nikmat yang baik melalui pengalaman yang hebat semasa mereka berurusan di universiti.

“Kita perlu melaksanakan satu Aku Janji dengan tekad yang tinggi bagi menjadikan setiap pelanggan berasa menjadi sebahagian daripada UMS.

“Kita juga perlu bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik melebihi aku janji yang akan menyebabkan pelanggan berasa gembira dengan mutu perkhidmatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Aspirasi Pendaftar UMS 2018 di Dewan Resital, pagi tadi.

No’man menambah, inisiatif bagi “ACE” adalah membangunkan bakat kepimpinan yang tinggi dan menyeluruh serta meningkatkan kompetensi dalam kalangan Kumpulan Pentadbiran Pengurusan dan Profesional.

“Ini sekali gus akan menyediakan kelompok bakat kepimpinan dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional sebagai pelengkap kepada para ahli akademik bagi menjadikan UMS sebagai pilihan utama pendidikan tinggi,” ujar beliau.

Lebih 500 warga kerja UMS hadir bagi mendengar ucapan aspirasi Pendaftar UMS yang mendokong Amanat Naib Canselor UMS “Bersama Memacu Kecemerlangan”.

 

 

RABU, 4 APRIL –Majlis Ramah Mesra Alumni 鶹Ƶ (UMS) Chapter Tawau yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan para alumni UMS Zon Tawau yang turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang diadakan bersama komuniti Tawau.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan karaoke dan mewarna bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, selain pertandingan karaoke terbuka bagi warga Tawau yang mendapat penyertaan seramai 40 orang.

Turut diadakan satu sesi perkongsian bijak UMS/Alumni bersama para Alumni Zon Tawau yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang.

Kemuncak program tersebut adalah Majlis Makan Malam bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching yang berlangsung di Hotel Promenade, Tawau.

Pada malam tersebut, Datuk Mary Yap turut menyempurnakan acara penyerahan watikah pelantikan Ketua Chapter Alumni Zon Tawau kepada Norazizah Pilus, serta menyampaikan penyerahan sumbangan berbentuk peralatan komputer daripada Yayasan Sukarelawan Siswa UMS kepada Sekolah Kebangsaan Sentosa.

Dalam pada itu, Datuk Mary Yap berharap agar para alumni dapat mengambil kesempatan untuk mengadakan jaringan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan sesama para alumni.

“Kesempatan berhimpun ini juga harus dimanfaatkan untuk penganjuran aktiviti-aktiviti kebudayaan, pendidikan dan kemasyarakatan bersama warga Tawau,” ujar beliau.

Lebih 400 tetamu hadir pada majlis makan malam tersebut, yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Dr. Ismail Ali.

 

SELASA, 03 APRIL - Program Bengkel Asas Seni Suara anjuran Kolej Kediaman Sri Angkasa (KKSA) 鶹Ƶ (UMS) berlangsung meriah dengan sambutan yang menggalakkan daripada kalangan warga kolej.

Pengarah Program, Dg. Nurul Huda Datu Taong berkata, bengkel tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan asas teknik dan kaedah penggunaan suara yang betul dalam menyanyi.

“Objektifnya adalah mendidik para peserta tentang asas dalam bidang kesenian dan kebudayaan sekali gus sebagai platform membina keyakinan diri dalam mengetengahkan bakat masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.  

Menurut beliau, program itu merupakan salah satu daripada empat bengkel utama yang dianjurkan sempena Program Bengkel Keseniaan dan Kebudayaan Sri Angkasa 2018 anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) KKSA.

“Tiga bengkel yang lain  ialah Bengkel Cipta Lagu, Bengkel Penulisan Kreatif dan Bengkel Asas Seni Tarian,” jelas Nurul Huda.

Sementara itu Pengetua KKSA, Wijaya Kamal Ramlan dalam ucapan perasmiannya berkata, penganjuran program seperti itu mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa dalam bidang kesenian dan kebudayaan khususnya di dalam asas seni suara sekali gus mampu mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam.

Program yang disertai 40 warga KKSA dikendalikan Artis Budaya, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Ahmad Rafiandie Awang.

 

Sumber: KKSA

SELASA, 3 APRIL – Seminar Pembangunan Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan (PESOLAR) 2018 yang berlangsung di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu mampu menjadi platform terbaik menghimpunkan golongan ahli akademik dan wakil agensi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membincangkan isu pembangunan sumber dan komuniti luar bandar dalam konteks negara Malaysia.

Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, pelbagai isu dan cabaran membabitkan pembangunan, komuniti dan alam sekitar perlu ditangani berdasarkan pendekatan lestari melalui kajian ilmiah yang sistematik secara antara disiplin kerana pendekatan sebegini boleh menghasilkan cadangan penyelesaian yang jitu dan realistik.

“Konsep ‘pembangunan’ sumber dan komuniti luar bandar telah menjadi kata kunci dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi dan politik negara sejak merdeka, manakala konsep pembangunan lestari merupakan pendekatan yang ideal kerana menekankan keseimbangan pembangunan dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar khususnya kepada komuniti luar bandar.

“Tugas bagi mencapai keseimbangan ini bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi kita semua harus menghadapinya dengan tabah dan berbekal ilmu pengetahuan dan kepakaran yang diiktiraf dan berinovasi,” katanya dalam ucapan aluan seminar PESOLAR 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Radin Malleh.

Ujar beliau, penganjuran seminar tersebut adalah tepat pada masanya dan merupakan suatu platform dalam perkongsian idea, pengetahuan dan maklumat oleh pelbagai pihak bagi bersama-sama berganding bahu demi mencapai wawasan negara.

Dalam pada itu, Datuk Seri Panglima Radin Malleh dalam ucapan perasmiannya berkata, seminar PESOLAR 2018 bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang memberikan fokus terhadap usaha memperkukuhkan pembangunan sumber dan komuniti luar bandar bagi kemakmuran masyarakat luar bandar.

“Di samping itu, kementerian sedang merancang mewujudkan lebih banyak program dan aktiviti bagi mempertingkatkan lagi kualiti hidup komuniti luar bandar.

“Kementerian turut mempergiatkan pembangunan luar bandar serta mengukuhkan sosioekonomi secara holistik untuk kesejahteraan komuniti setempat,” katanya.

Bertemakan “Merekayasa Produktiviti Sumber Untuk Kemakmuran Komuniti Luar Bandar”, seminar selama tiga hari itu bakal menyaksikan sebanyak 10 buku karya suntingan yang melibatkan 112 bab hasil pembentangan seminar bakal diterbitkan.