KHAMIS, 13 SEPTEMBER - Seramai 14 pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan promosi kesihatan di Kampung Kalumpang, Pitas baru-baru ini.
Kesemua pelajar daripada bidang perubatan dan kejururawatan itu berkampung selama 10 hari bagi menjalankan pemeriksaan dan taklimat kesihatan kepada penduduk setempat.
Program anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung itu dan FPSK telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Marudu/Pitas, Nasiruddin Ahmad.
Dalam ucapannya, Nasiruddin memuji usaha kedua-dua pihak atas penganjuran program yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya penduduk kampung.
Sementara itu, Penyelaras Program merangkap Pensyarah Kanan FPSK, Dr. Meryll Grace Lansing, sambutan dan kerjasama daripada penduduk kampung adalah amat memberangsangkan.
Bagi Dekan FPSK, Prof. Dr. Saffree Jeffree pula memaklumkan program sedemikian akan diteruskan dari masa ke semasa sebagai wadah untuk pelajar dan warga UMS menabur bakti kepada masyarakat setempat.
Turut hadir ke majlis perasmian itu, Pengerusi KRT Kampung Kalumpang, Dzulfikri Mohd. Hairi dan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah, Alvin Roy Ibrahim.




JUMAAT, 07 SEPTEMBER - Peluang yang diberikan untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) harus digunakan sebaiknya agar ilmu yang dipelajari dapat diaplikasi dan disumbangkan kembali kepada masyarakat.
JUMAAT, 07 SEPTEMBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 鶹Ƶ (UMS) meraikan sambutan kemerdekaan dengan menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak bersama pasukan dari Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah baru-baru ini.
KHAMIS, 6 SEPTEMBER - Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin menyeru warga UMS khususnya siswa-siswi baharu sesi 2018/2019 agar menghayati dan mengamalkan lima nilai ditetapkan universiti yang menjadi tunjang Transformasi ke Arah Universiti Industri 4.0.