鶹Ƶ

TUESDAY, 5 JUNE – A total of 11 third year students of International Relations (HA15), 鶹Ƶ from the Faculty of Humanity, Arts and Heritage, have successfully conducted a program named as ‘Introduction to CPR and Natural Disaster Preparedness at Stairway to Hope in Luyang, recently.

Project Manager, Muhammad Nazirrudin Roslan said that Stairway to Hope is an alternative school that consist of majorly Filipinos students.

“The program which was participator a total of 30 students ranging from 13 to 20 years old gives them a basic education on First Aid and increase their awareness on natural disaster.

“The knowledge and skills gained from this program will be a great aid for the students in the near future,” he said in a statement today.

According to Nazirrudin, the program consists of two sessions; begin with presentation and practically learning about CPR, follow by begin with presentation and practically learning on Natural Disaster.

“Learning theory alone is not enough; therefore the students were thought practically on the proper technique to CPR.

“Meanwhile the learning on Natural Disaster aimed to give the students awareness and basic knowledge about earthquake to prepare and educate them the best course of action during an earthquake,” he said.

Also present at the event was the founder of Stairway to Hope, Marilou Salgatar Chin.

SELASA, 5 JUN - Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin merasmikan Bangunan Pentadbiran Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS) pada satu Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di UMS kelmarin.

Bangunan yang dibina dengan kos RM5 juta itu berkeluasan 6,280 meter persegi dilengkapi dengan ruang pejabat, bilik kuliah, bilik perpustakaan mini, bilik seminar utama, kedai mini, bilik galeri, bilik mesyuarat eksekutif dan bilik perbincangan.

Dalam persembahan video montaj, Pengarah PIUMS Profesor Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat berkata, bangunan tersebut direka dengan mengambil kira konsep asal arkitek yang telah membina Bangunan Masjid UMS.

“Konsep bangunan baru Pusat Islam adalah bercirikan konsep moden dan dihiasi dengan corak geometri islamik. Pemilihan warna juga agak unik dan sedikit berbeza dengan warna bangunan Masjid UMS yang dikenali sebagai ‘Pink Mosque’ atau Masjid Merah Jambu.

“Kombinasi warna kelabu dan putih menyerlahkan warna bangunan yang dinamik dan unik serta menyerlahkan ciri-ciri warna korporat,” katanya.

Beliau menjelaskan bangunan tersebut mula dibina pada 24 Oktober 2016 melalui Rancangan Malaysia ke-11 selepas  mendapat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sementara itu, kira-kira 1,000 warga UMS hadir untuk sama-sama mengimarahkan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib.

Majlis itu menyaksikan seramai 11 pelajar asnaf UMS turut menerima sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah (PZS) yang disampaikan oleh Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Hajah Norlida Tan Sri R.M Jasni.

Hadir sama pada majlis tersebut, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan isteri, Datin Roha Asmara serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti.

 

 

ISNIN, 4 JUN – Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), 鶹Ƶ (UMS) dan Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu (PERODA) baru-baru ini menjadi medium interaksi dan menyantuni ahli-ahli PERODA yang merupakan antara golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Ketua UPPsiKS, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari, program ini merupakan satu inisiatif pihak UPPsiKS untuk memberikan khidmat masyarakat dan menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada golongan OKU serta pihak PERODA.

“Program ini antara lain bertujuan untuk menerapkan sikap ambil berat dan suka membantu dalam kalangan masyarakat serta sebagai platform untuk mengenali dengan lebih dekat dan menghargai golongan OKU.

“Program ini juga mengajak kita untuk menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan, sekali gus meningkatkan lagi penghayatan bulan Ramadan buat umat Islam,” katanya.

Tambah beliau, melalui program ini juga, sumbangan kewangan dan jamuan berbuka diperoleh daripada beberapa syarikat dan orang perseorangan, selain sumbangan dalam bentuk wang tunai disalurkan terus ke akaun Persatuan PERODA.

Seramai 25 ahli PERODA yang terdiri daripada OKU berkerusi roda bersama-sama dengan 50 ahli keluarga OKU dan 15 orang sukarelawan turut serta pada program tersebut.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi PERODA, Fariz A. Rani. 

 

JUMAAT, 25 MEI - 鶹Ƶ (UMS) dan Fama Negeri Sabah sekali lagi menganjurkan Bazar Ramadan UMS yang bermula sejak 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, di Padang Kawad UMS.

Ia antara lain bertujuan memberi kemudahan kepada warga UMS yang berpuasa terutamanya pelajar dan kakitangan.

Selain itu, kewujudan bazar ini juga membuka peluang perniagaan kepada pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Sebanyak 41 gerai yang mengambil bahagian merangkumi 21 gerai pelajar dan 20 gerai peniaga luar dengan jualan pelbagai menu hidangan dan juadah berbuka puasa.

Usaha itu juga adalah bagi memupuk nilai keusahawanan dalam pelajar dan masyarakat seperti bersifat jujur dalam setiap kegiatan jual-beli yang dijalankan serta memberikan khidmat yang terbaik kepada semua.

Pada Bazar itu, Fama menyelaraskan peniaga luar manakala Bahagian Latihan dan Pembangunan Keusahawanan (BLPK) Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), UMS menyelaraskan penyertaan mahasiswa.

Pihak Fama turut menyediakan kanopi dan meja kepada pelajar yang berniaga selain bersama-sama BLPK memantau perjalanan dan harga makanan di Bazar tersebut dari semasa ke semasa.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua JHEP, Ahmadi Nurdin baru-baru ini mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Pelancaran itu turut disaksikan Pengarah Fama Sabah, Haji Ribin Wahid; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah, Dato’ Sazali Salbi dan Ketua BLPK UMS, Dr. Bonaventure Boniface.

Turut diadakan pengagihan bubur lambuk secara percuma kepada pelajar, kakitangan dan orang ramai yang ketika itu berkunjung ke bazar berkenaan.

 

JUMAAT, 25 MEI – Program Kem Bina Ukur yang disertai seramai 64 pelajar Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mampu menjadi platform terbaik dalam mempersiapkan bakal graduan FKJ untuk memasuki industri khususnya dalam bidang kejuruteraan.

Pengarah program tersebut, Mohd. Danial Abdul Rahim berkata, penganjuran program itu pasti dapat memberikan lagi keyakinan kepada pelajar untuk membawa ilmu mereka ke alam pekerjaan kelak.

“Melalui program ini, peserta mendapat manfaat dari segi mempertajamkan kemahiran dalam kerja-kerja pengukuran bangunan dan keluasan kawasan tapak pembinaan yang amat berguna apabila berada dalam pasaran kerja.

“Penglibatan pensyarah dan pembantu-pembantu makmal yang turut turun padang memberikan tunjuk ajar banyak membantu para peserta untuk melakukan kerja-kerja berasaskan kemahiran dengan lebih yakin,” katanya.

Sementara itu, pensyarah FKJ, Asmawan Mohd Sarman berkata, selain menambah ilmu, penganjuran program tersebut turut memberi pengalaman kepada pelajar dalam menguruskan sesuatu program pada masa akan datang.

“Setiap peserta juga memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, dan diharapkan mereka berjaya mendapat manfaat dari segi ilmu, kemahiran dan semangat kerja berpasukan ,” ujar beliau.

Program yang berlangsung selama empat hari di Kem Bina Negara, Kundasang ini turut disertai oleh enam pelajar mobiliti dari China.