KHAMIS, 11 OKTOBER - Tadbir urus yang baik dalam pentadbiran pendidikan mampu meningkatkan penyampaian dalam sistem pendidikan, sekali gus memperkukuhkan keyakinan masyarakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk lebih berusaha mencapai taraf pendidikan yang lebih baik.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, elemen komunikasi yang baik dalam tadbir urus di antara institusi pendidikan dan masyarakat amatlah perlu dalam menyampaikan maklumat pendidikan yang tepat.
“Komunikasi tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti pelaporan yang menjadi medium utama dalam proses penyampaian maklumat.
“Dengan komunikasi yang baik, tadbir urus yang baik dalam institusi pendidikan dapat ditonjolkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang yang mewakili beliau merasmikan Seminar Kreativiti, Inovasi dan Kualiti dalam Sektor Pendidikan Awam Di Negeri Sabah di Dewan Bankuasi, 鶹Ƶ (UMS) pagi tadi.
Tambah beliau, bagi mencapai objektif penyampaian maklumat ke semua peringkat masyarakat, maka penganjuran seminar itu bertepatan dalam menggalakkan perbincangan dan perkongsian ilmu dan idea tentang cabaran yang dihadapi oleh institusi pendidikan secara keseluruhannya bagi mengetengahkan penyampaian maklumat pendidikan kepada masyarakat.
Terdahulu, Pendaftar UMS, No’man Haji Ahmad ketika berucap mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, penganjuran seminar buat julung kalinya itu adalah komitmen Bahagian Pengurusan Kualiti, Jabatan Pendaftar UMS dalam mempromosi dan menyebarluaskan dasar, program dan inisiatif berkaitan kreativiti dan inovasi kepada semua lapisan rakyat.
“Semua dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan di sektor awam adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelanggan dan menyebarluaskan penyampaian maklumat menerusi penggunaan aplikasi ICT secara maksimum.
“Untuk itu, program ini dirancang sebegitu rupa bagi membolehkan banyak peluang, maklumat, pendedahan dan perkembangan yang dikongsi kepada para peserta yang hadir,” ujar beliau.
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kaizen Institute, Dato’ Shahril Goh Fadhil dan Ketua Kecemerlangan Operasi Sime Darby, Azman Shah Mohamed Noor sebagai penceramah jemputan.



KHAMIS, 11 OKTOBER - Pihak pengurusan Pusat Pendidikan Perubatan Desa (PPPD), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan sesi latihan kebakaran (Fire Drill) di PPPD Sikuati, Kudat baru-baru ini.
KHAMIS, 11 OKTOBER - Proses Penamaan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) 鶹Ƶ (UMS) berjalan lancar kelmarin di kampus induk UMS termasuklah di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Kampus Cawangan Sandakan.
RABU, 10 Oktober - Budaya suka membaca harus dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi mencapai hasrat ke arah modal insan yang berilmu tinggi.
RABU, 10 OKTOBER – Syarahan Perdana Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) yang berlangsung di Dewan Resital, 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini menjadi medan percambahan ilmu berkaitan wadah dalam memupuk minat anak-anak muda khususnya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.