
鶹Ƶ (UMS) merupakan antara lapan universiti di peringkat antarabangsa yang terlibat dalam membangunkan polisi “Open Science Asia” baru-baru ini.
Ini menerusi penyertaan sekumpulan penyelidik UMS yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly dalam sebuah mesyuarat konsortium pertama bagi pembangunan polisi “Open Science Asia” yang berlangsung di Mandal's Narsee Monjee Institute of Management Studies (NMIMS) Mumbai, India.
Rosalam dalam satu kenyataan menjelaskan, projek tersebut merupakan sebuah kolaborasi antarabangsa di antara Malaysia, India, Netherlands, Finland serta Slovenia dan dibiayai oleh dana dari ERASMUS+ Kesatuan Eropah (European Union) berjumlah EUR 779,000.
“Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan polisi dan dasar pelaksanaan Sains Terbuka (Open Science) bagi membolehkan perkongsian pengetahuan hasil penyelidikan dan inovasi di peringkat global.
“Open Science ini adalah selaras dengan lima fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi terutamanya dalam pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta sejajar dengan matlamat UMS untuk memacu keterampilan penyelidikan universiti di persada antarabangsa,” katanya.
Beliau menambah, aspek utama yang ditekankan adalah dalam pembangunan polisi pelaksanaan Open Science dan penyediaan infostruktur serta infrastruktur bagi membolehkan akses kepada para penyelidik dalam perkongsian maklumat secara beretika terutamanya dari sudut perkongsian dan penggunaan data-data penyelidikan.
“Ini dijangka dapat memacu proses penghasilan teknologi dan inovasi baharu dalam penyelesaian masalah.
“Sebagai contoh, pembangunan vaksin yang sebelum ini mengambil masa bertahun lamanya kini dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat, sebagaimana yang dilaksanakan untuk pembangunan vaksin Covid-19,” katanya.
Dalam pertemuan konsortium tersebut, turut berlangsung satu forum sebagai langkah pendedahan kepada komuniti berkenaan Open Science menerusi perkongsian dari beberapa pakar dan industri dalam bidang berkenaan.
Ini termasuklah ucaptama oleh Emeritus Prof Dr Man Mohan Sharma dari Institute of Chemical Technology India, dan Ketua Pegawai Digital UMS, Profesor Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim.
Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy yang merupakan penyelaras pelaksanaan projek dari UMS turut hadir sebagai salah seorang perwakilan mesyuarat bersama beberapa penyelidik dari Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sarawak yang juga merupakan rakan konsortium dari Malaysia.



Pusat Minda Lestari (PML) 鶹Ƶ (UMS) mengagihkan sebanyak 3,500 juadah berbuka bubur lambuk kepada pelajar, kakitangan serta orang awam dalam program ‘Bah, Sungkai Kita Bubur Lambuk 3.0!’.
鶹Ƶ (UMS) terus menekankan aspek Darjah Kegembiraan dalam kalangan kakitangannya sebagai usaha meningkatkan produktiviti para kakitangan dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan.
鶹Ƶ (UMS) menerima lebih RM150,000 sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membiayai beberapa program yang dikendalikan universiti itu.
Kira-kira lima juta liter sehari (MLD) bekalan air dijangka dapat disalurkan ke 鶹Ƶ (UMS) menerusi sistem agihan air di universiti itu dalam masa terdekat.