
Lebih 2,000 pengunjung dan pelajar hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Mutiara 鶹Ƶ (UMS) ‘Klasik Raya’ yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin itu turut dihadiri isterinya Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Speaker, Brigader Jeneral Datuk Al Hambra Juhar dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.
Dr Kasim ketika berucap berkata, sambutan yant diadakan itu adalah bertujuan bagi mewujudkan semangat kekeluargaan selain mampu digunakan sebagai medan pertemuan yang paling kukuh dan padu demi memupuk keharmonian.
Katanya, ini adalah antara keunikkan Malaysia yang berjaya menyuburkan perpaduan dan keharmonian menerusi sambutan perayaan seperti ini dan juadah yang dihidangkan membuktikan yang makanan menjadi pengerat hubungan dan keakraban masa kini.
“Justeru, kehadiran kaum pelbagai bangsa dan agama dalam majlis sambutan seperti ini berupaya mewujud dan mengukuh silaturahim yang sedia terjalin selama ini.
“Saya yakin dan percaya, majlis ini berjaya menyatukan kepelbagaian agama dan budaya, menunjukkan keharmonian berbilang latar belakang kaum dan kepercayaan, yang akhirnya mencetuskan kesatuan dan muhibbah dalam kalangan warga.
“Majlis sebegini boleh dijadikan batu loncatan untuk kita merapatkan kembali hubungan, saling bermaafan dan bersedia membuka lembaran baru bagi mewujudkan permuafakatan yang lebih utuh lagi,” katanya.



Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) 鶹Ƶ (UMS) telah terlibat dalam menjayakan Seminar Pergerakan Kesatuan Sekerja Di Malaysia yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Bangi baru-baru ini.
鶹Ƶ Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Jubli Perak UMSKAL Tahun 2024 serentak dalam kesederhanaan tetapi sangat meriah.
Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), 鶹Ƶ (UMS) melancarkan Makmal Hidup Bencana Alam Melangkap (MaHBAM) di Kota Belud Sabah bersempena Bengkel Penubuhan Task Force Bencana Alam Melangkap (TFBAM), baru-baru ini.
Pameran Petak Pertama anjuran bersama alumni Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) 鶹Ƶ (UMS) dengan kerjasama Galeri Azman Hashim UMS (GAH-UMS) menjadi satu platform kepada artis-artis muda yang terlibat dalam mengorak langkah permulaan ke dalam industri seni negara.