- Jumlah paparan: 506
UMS Sumbang 78 Bakul Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kg. Tanjung Batu Laut Logpond, Tawau
鶹Ƶ (UMS) telah menyumbangkan sebanyak 78 bakul bantuan kepada mangsa kebakaran Kg. Tanjung Batu Laut Logpond, Tawau di Dewan Kompleks Sukan Tawau.
Kandungan bakul bantuan terdiri daripada kit pembersihan diri (hygene kit) serta barangan keperluan asas untuk menyambut ketibaan Ramadan adalah hasil sumbangan Hospital 鶹Ƶ (UMS), Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Pusat Islam UMS, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), warga UMS serta orang perseorangan yang ikhlas memberikan sumbangan.
Proses penghantaran serahan sumbangan ini diusahakan oleh Bahagian Keselamatan UMS diketuai Ketuanya, Kolonel (Kes) Abdul Talib Arifin; Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC) diketuai Presidennya, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan HUMS diwakili Timbalan Pengarah Pengurusan dan Operasi, Samsuidin Nurdin.
Sumbangan diserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMS, Samasudin Yusop dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tawau, Kapten PA Japli bin Haji Siping untuk diagihkan kepada semua mangsa terlibat.
Sementara itu, antara mangsa yang turut terkesan dengan musibah yang berlaku pada 6 Mac lalu ialah dua pelajar UMS iaitu pelajar tahun satu Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Nur Syafiqah Amani binti Abri dan pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Muhd Iqmal bin Hamsah.
Kedua-dua mereka menerima sumbangan tunai daripada JHEP untuk membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi.
Semoga bantuan ini sedikit banyak dapat meringankan beban mangsa kebakaran terutamanya menjelang bulan Ramadan.
Warga UMS berdoa agar semua mangsa diberikan ketabahan dan cekal menghadapi musibah ini.



Persidangan Perhutanan Tropika (TF2024) menyediakan platform perkongsian pengetahuan bagi meneroka langkah penyelesaian cabaran hutan tropika.
Hampir 100 kakitangan menjayakan Majlis Apresiasi 鶹Ƶ Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2024 di Grand Ballroom, Palm Beach Resort & Spa.
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) di bawah Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan lawatan kerja penanda aras dan kunjungan hormat ke Halal Development Corporation Berhad (HDC), Halvec Laboratories Sdn. Bhd., Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) dan Institut Fatwa dan Halal, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi merangka gerak kerja dan peluang kerjasama.
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) 鶹Ƶ (UMS) menjenamakan semula Bilik Mesyuarat Utama pusat tersebut sebagai Bilik Mesyuarat Ahmat Adam, sempena nama pengasas PPIB, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam.