鶹Ƶ (UMS) menerusi Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) telah menjayakan Konsert Muzikal Kanak-Kanak sebagai usaha memupuk minat kanak-kanak terhadap seni muzik sejak kecil lagi.
Menurut Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FPP, Prof. Madya Dr. Roslee Talip, program itu merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan kanak-kanak tentang konsert muzik yang akan menjadi inspirasi bagi mencungkil minat dan memberi penghayatan terhadap seni muzik.
“Program ini dapat memperkenalkan seni muzik dan juga member peluang kepada kanak-kanak untuk memahami nilai seni muzik serta dapat membina kemahiran sosial yang lebih baik.
“Peranan pendidik dan ibu bapa serta orang yang berada di sekeliling kanak-kanak amatlah penting untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman sejak mereka kecil terhadap keterlibatan kanak-kanak dalam seni muzik.
“Hal in kerana perkara ini walaupun dilihat kecil, tetapi sebenarnya dapat memberi impak yang besar kepada pencapaian dan prestasi kanak-kanak dalam membentuk individu yang cemerlang dan berwawasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program konsert muzikal tersebut di Auditorium Pascasiswazah, UMS.
Beliau turut berharap persembahan tersebut dapat menjadi inspirasi dan membuka mata dan minda dalam memajukan seni muzik negara.
Terdahulu, Pengarah Program Konsert Muzikal, Atirah Faridi memberitahu, penganjuran program Konsert Muzikal Kanak-Kanak itu adalah bertujuan untuk menyediakan pengalaman muzik yang mendidik dan menghiburkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur.
“Dengan fokus untuk memperkenalkan muzik dan instrumen kepada kanak-kanak, konsert ini diharapkan dapat mencungkil minat dan penghayatan mereka terhadap seni muzik, serta dapat membantu menginspirasi kreativiti pelajar kepada kanak-kanak dengan memberi mereka peluang untuk mengekspresikan diri melalui seni dan muzik.
“Selain itu, konsert ini juga mampu membina apresiasi yang lebih mendalam terhadap seni muzik dan persembahan dengan menyediakan persembahan berkualiti dan bermakna,” katanya.
Ujar beliau, penerokaan terhadap dunia muzik secara langsung dapat membantu kanak-kanak mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai seni, sekali gus membantu dalam perkembangan individu serta membentuk hubungan sosial yang sihat.
Lebih 120 ibu bapa dan kanak-kanak hadir bersama bagi memeriahkan pelbagai acara yang berlangsung sempena konsert tersebut.



Kolaborasi antara Fakulti Pertanian Lestari (FPL) 鶹Ƶ (UMS) dan Fakultas Pertanian, Universitas Muhammadiyah (Unismuh) Makassar, Indonesia menerusi Projek Komuniti Antarabangsa mampu membantu usahawan tani di Sandakan dalam menerapkan teknologi akuaponik di ladang tersebut.
鶹Ƶ (UMS) menerusi usaha pelajar pascasiswazah Program Sarjana Kesihatan Awam [MPH] Sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program Sihat Sinergi bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat yang diadakan di Kg. Long Pasia, Sipitang baru-baru ini.
鶹Ƶ (UMS) and the Sabah State Tourism Board, under the supervision of International Society for Quality-of- Life Studies (ISQOLS) will be organising the 22nd ISQOLS Annual Conference 2024 on 25th to 28th June 2024, at Sabah International Convention Centre (SICC).
鶹Ƶ (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) meneruskan tradisi pelaksanaan ibadah korban di universiti seperti tahun-tahun sebelumnya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.