Seramai 469 pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) 鶹Ƶ (UMS) diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan FSSA Semester 1, sesi 2023/2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Dekan FSSA Prof. Dr. Jualang @ Azlan Abdullah bin Gansau, majlis tersebut diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar setelah gigih berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.
Jualang berkata pengiktirafan tersebut juga bagi membuktikan bahawa usaha berterusan serta sokongan keluarga menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar.
“Majlis pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangan para pelajar pada hari ini adalah refleksi kepada semangat dan usaha berterusan pelajar serta sokongan yang padu daripada ibu bapa, keluarga dan para pensyarah.
“Di samping itu, ia juga bagi membuktikan bahawa UMS merupakan sebuah institusi yang mampu untuk melahirkan graduan cemerlang.
“Kejayaan anda pada hari ini bukan suatu yang mudah untuk dicapai. Ini adalah hasil ketekunan, dedikasi dan komitmen yang tinggi,” katanya.
Beliau menambah pencapaian cemerlang adalah titik mula dalam mempersiapkan diri pelajar untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.
“Saya menyeru semua pelajar agar menanam mentaliti sebagai pelajar seumur hidup agar dapat beradaptasi dengan baik mengikut keperluan masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.
Daripada jumlah yang menerima anugerah, sebanyak 29 pelajar mendapat markah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.
Turut hadir, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FSSA, Prof. Madya Dr. Darmesah Gabda; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FSSA, Prof. Madya Dr. Chee Fuei Pien; Ketua Pentadbiran FSSA, Aidah Noordin dan Pengarah Majlis Anugerah Dekan FSSA 2024, Dr. Rubena Yusof.



Seramai 19 pelajar dari Kelab Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga (CFC), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), 鶹Ƶ (UMS) bersama tiga orang pensyarah pengiring telah mengadakan International Relation Program (IRP) ke Indonesia selama lapan hari bermula 25 Mei hingga 1 Jun baru-baru ini.
Kira-kira 500 peserta menyertai Joint Conference of the International Society of Environmental Epidemiology Asia and Western Pacific Chapter (ISEE-AWPC) and the International Society for Exposure Science Asia Chapter (ISES-AC) 2024 anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 鶹Ƶ (UMS), baru-baru ini.
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan aktiviti pengintegrasian Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) dan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pusat Reintegrasi Penghuni, Tuaran baru-baru ini.
Pelaksanaan Program SULAM ‘Future Youth, Future Proof’ (FYFP) di Kampung Seri Serbang, Bongawan, Papar baru-baru ini mampu meningkatkan kesedaran penduduk kampung terhadap kepentingan penjagaan ekosistem hutan bakau khususnya di kampung tersebut.