Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) 鶹Ƶ (UMS) membawa seramai 37 delegasi antarabangsa melawat kawasan terkesan bencana di sekitar Kundasang, Ranau dalam Program Lawatan Akademik Bencana, baru-baru ini.
Delegasi antarabangsa dari tujuh negara iaitu Jepun, Korea, China, India, Singapura, Filipina dan Indonesia berkesempatan melawat kawasan yang terkesan dengan tanah runtuh dan gempa bumi.
Menurut Pengarah NDRC UMS, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus, lawatan tersebut penting sebagai pendedahan yang jelas mengenai bencana yang pernah berlaku di Malaysia khususnya di Sabah.
“Pada lawatan ini, delegasi diberikan penjelasan yang lebih bersifat akademik terhadap analisis punca atau sebab kejadian bencana yang telah berlaku serta impak bencana di kawasan tersebut.
“Dalam lawatan ini juga, delegasi turut mengunjungi Sungai Mesilou dan Mesilou Nature Resort (MNR) Sub-Station Taman Kinabalu yang terkesan akibat banjir lumpur susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berpusat di Gunung Kinabalu pada tahun 2015,” katanya.
Program lawatan tersebut diadakan sebagai salah satu aktiviti dalam persidangan antarabangsa ISEE-AWPC & ISES-AC Joint Conference 2024 yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS.
Pada seminar antarabangsa yang sama, NDRC telah menganjurkan Pre-Conference Workshop yang bertemakan ‘Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana’ dengan pengisian sesi bengkel mengenai Analisis Data Perubahan Iklim serta Kualiti Udara, Analisis Peta Bahaya Seismik serta Kerosakan Struktur Bangunan dan Analisis Permodelan Atmosfera.
Tambah Carolyn, NDRC UMS menyediakan lawatan tersebut yang bersifat berkala dan boleh disertai oleh ahli akademik, agensi kerajaan dan swasta serta orang awam yang berminat.
“Lawatan akademik bencana kali ini diketuai oleh Ketua Kluster Bencana Gempa Bumi NDRC, Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith dan dibantu oleh Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran, serta dikendalikan bersama dengan pelajar Latihan Industri daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Mohd Khairi Anuar dan Mayzatul Sofiyah Mad Yusof,” katanya.



Festival Teater 鶹Ƶ (UMS) Opera X yang dianjurkan pelajar Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) baru-baru ini mampu menjadi platform kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dalam seni pementasan teater.
Siswa-siswi 鶹Ƶ (UMS) menerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) sesi 2023/2024 telah mengadakan Program Kunjung Kasih 2.0 KKTF di Kampung Gudon, Manggatal baru-baru ini.
Penganjuran Seminar Pengkomersialan Hasil Penyelidikan Universiti: Peranan Pascasiswazah di Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mampu mewujudkan platform kepada para penyelidik dan pemain industri untuk berkongsi idea dan pengalaman serta mengadakan kolaborasi untuk manfaat bersama.
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), 鶹Ƶ (UMS) terus komited dalam membantu perkembangan dan daya saing usahawan tempatan menerusi kajian serta inovasi berkaitan perniagaan tempatan.