RABU, 21 NOVEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) 鶹Ƶ (UMS) bersama Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Indonesia bakal mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan berkaitan Sains Perhutanan melalui kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.
Hasrat bagi menjayakan usaha tersebut dizahirkan melalui upacara menandatangani Letter of Intent (LOI) antara kedua-dua pihak dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Seminar, Kompleks Perhutanan FSSA baru-baru ini.
Dekan FSSA, Prof. Dr. Baba Musta ketika berucap pada majlis tersebut berkata, kedua-dua pihak dijangka akan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan sains perhutanan, pendidikan dan kerjasama penyelidikan.
“Di bawah kerjasama ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk bekerjasama dalam membangunkan aktiviti penyelidikan bersama, mencari pembiayaan penyelidikan untuk membiayai penyelidikan kolaboratif, pembangunan dan latihan serta perkongsian maklumat dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
“Adalah diharapkan LOI yang ditandatangan ini dapat dinaik taraf kepada Memorandum Persefahaman (MOU) dalam masa terdekat sekali gus membawa faedah bersama kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Beliau menambah, perkembangan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak dilihat agak positif, dengan terdapat pelajar FSSA pada masa ini yang sedang terlibat dalam projek bersama CIFOR berkaitan perubahan politik, perubahan iklim dan kesannya terhadap penduduk tempatan di Sabah.
Kerjasama antara UMS dan CIFOR menyaksikan kedua-dua pihak akan terlibat dalam kegiatan penyelidikan merangkumi isu-isu seperti perubahan landskap luar bandar dan penghijrahan, sumbangan hutan dalam penyesuaian iklim, penyelidikan mengenai pengurusan hutan, perhutanan sosial, kebakaran dan jerebu, serta penyelidikan mengenai perkhidmatan alam sekitar hutan dan pengurusan hutan lestari.
Sumber : Kenny Uwai, FSSA



JUMAAT, 16 NOVEMBER - Kira-kira 200 kakitangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) menyertai Hari Keluarga anjuran Kelab Kembara fakulti itu baru-baru ini.
JUMAAT, 16 NOVEMBER - Seramai 27 pelajar kursus Politik Alam Sekitar Antarabangsa Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan kempen Selamatkan Badak (Save The Rhinoceros) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Takis, Papar, baru-baru ini.
THURSDAY, 15 NOVEMBER - The Centre for Industry and Community Network (CICN), 鶹Ƶ (UMS) recently hosted the UMS Academia Industry Community Award 2018 (AICA 2018) in Kota Kinabalu.
KHAMIS, 15 NOVEMBER - Program Mentor-Mentee Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) di SMK Sindumin, Sipitang baru-baru-baru ini mampu memupuk kemahiran berfikir masa depan melalui aktiviti mereka cipta dengan berasaskan konsep STEM.