SELASA, 4 DISEMBER – 鶹Ƶ (UMS) melalui Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) menyantuni warga Rumah Anak Yatim Tambunan melalui penganjuran Program Khidmat Masyarakat di rumah kebajikan tersebut.
Program berbentuk motivasi itu diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta khususnya penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan berkaitan kemahiran mengenali potensi dan bakat diri berdasarkan ciri personaliti masing-masing.
Menurut Ketua UPPsiKS, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari, program tersebut antara lain memberi pendedahan mengenai konsep psikologi dan personaliti kepada peserta dan seterusnya membolehkan para peserta mempraktikkan pengetahuan serta kemahiran tersebut dalam konteks pembelajaran, komunikasi, dan sebagainya.
“Di samping itu, para penyelidik UMS yang terlibat juga berpeluang untuk menjalankan temu bual bersama anak yatim berkaitan konsep kebahagiaan menurut perspektif mereka, dan hasil dapatan yang diperoleh oleh salah seorang kanak-kanak menyatakan bahawa “kebahagiaan terletak pada hati yang tenang dan dapat menggembirakan orang lain seperti dapat menggembirakan adik dan rakan-rakan.”
“Justeru, diharapkan agar lebih banyak program khidmat masyarakat seperti ini dapat diadakan supaya lebih ramai yang akan terdedah dengan personaliti diri dan secara tidak langsung kanak-kanak tersebut dapat mengetahui potensi diri mereka dalam berdepan dengan kehidupan seharian,” ujar beliau.
Program tersebut disertai seramai 20 orang anak-anak yatim yang berusia antara 8 hingga 17 tahun.



ISNIN, 3 DISEMBER – Seramai 59 graduan pascasiswazah termasuk pensyarah 鶹Ƶ (UMS) mendapat pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) 2018 yang berlangsung di Klagan Regency Ballroom, 1Borneo Hypermall.
ISNIN, 3 DISEMBER - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 鶹Ƶ (UMS) 1440H/2018M bertemakan “Menyantuni Ummah Membawa Rahmat” yang diraikan warga UMS setiap tahun diharap dapat menyampaikan mesej bahawa Islam ialah agama perdamaian, kasih sayang dan menolak sama sekali unsur kekerasan, keganasan dan kebencian.
KHAMIS, 29 NOVEMBER – Seorang ayah dan ibu tidak dapat menahan sebak apabila hadir menerima Ijazah Anumerta untuk anak masing-masing semasa Majlis Konvokesyen 鶹Ƶ (UMS) ke-20, di sini, baru-baru ini.
KHAMIS, 29 November - Lebih 100 peserta terdiri daripada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah menghadiri Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK) 2018 yang diadakan di Theatrette Ahmad Nisfu, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, (FKSW) 鶹Ƶ (UMS), kelmarin.