ISNIN, 26 NOVEMBER - Seramai 5,003 graduan terdiri daripada 55 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 603 Ijazah Sarjana; 4,276 Ijazah Sarjana Muda dan 69 Diploma akan menerima jiazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen 鶹Ƶ (UMS) ke-20 yang berlangsung pada 24 sehingga hari ini.
Jumlah tersebut turut melibatkan 195 graduan kelas pertama, 146 graduan yang merupakan pelajar antarabangsa, 89 graduan dari kumpulan pelajar B40, 14 graduan kelainan upaya dan dua graduan anumerta (posthumous).
Berlangsung di Dewan Canselor UMS, acara pengurniaan ijazah akan berlangsung dalam enam sidang, dengan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin akan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah
Sarjana Muda Doktor Perubatan dan Diploma Kejururawatan pada sidang satu majlis konvokesyen.
Pada sidang tersebut juga, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar akan menyempurnakan istiadat pemasyhuran dua Pro-Canselor baharu UMS, iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad, Tan Sri Azman Hashim.
Tan Sri Azman Hashim kemudiannya akan menyempurnakan majlis pengurniaan ijazah pada sidang kedua (hari pertama), manakala Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal akan menyampaikan ijazah kepada para graduan dalam sidang ketiga (hari kedua).
Pada sidang keempat (hari kedua) dan hari ketiga majlis konvokesyen, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin akan menyempurnakan majlis pengurniaan ijazah bagi sidang lima dan sidang enam.
Majlis konvokesyen kali ini juga menyaksikan pengurniaan ijazah kepada graduan sulung bagi dua program baharu iaitu Sarjana Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dari Fakulti Komputeran Informatik dan Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa) Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.



KHAMIS, 22 NOVEMBER - Tamu Gadang adalah manifestasi kepada kejayaan pelajar serta seluruh warga 鶹Ƶ (UMS).
THURSDAY, 22 NOVEMBER The Research Unit for Languages & Linguistics of Sabah (RULLS), PPIB successfully held its fourth Brown Bag Seminar Series for Languages & Linguistics on 24 September 2018 at Bilik Mesyuarat Utama, PPIB with the title ‘Keeping the Heritage, Embracing the Global: Some Considerations for English Language Instructors’ delivered by Dr. Daron Benjamin Loo from the Centre for English Language Communication, National University of Singapore.
RABU, 21 NOVEMBER – Ahli Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) diingatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai kerja yang berintegriti.
RABU, 21 NOVEMBER – Pasukan PALAPES Laut dan Pasukan Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) berjaya mengungguli cabaran Tri Challenge UMS 2018 peringkat 鶹Ƶ (UMS) yang berlangsung di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) baru-baru ini, cabaran yang menyaksikan para peserta melakukan renang 200m, larian UMS Peak 8km, berbasikal sejauh 13km, dan cabaran berhalangan.