Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), 鶹Ƶ (UMS) telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dalam usaha membantu usahawan kecil bumiputera bagi mendapatkan pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS, Profesor Ts. Dr. Hasmadi Mamat, kerjasama tersebut juga bertujuan meningkatkan bilangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mempunyai sijil halal Malaysia bagi produk yang dihasilkan.
Katanya PPPH sentaisa membuka peluang kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, penggiat indsutri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memberi bimbingan kepada lebih ramai usahawan terutamanya di negeri Sabah untuk mendapatkan sijil halal Malaysia bagi produk yang dihasil
“Melalui kerjasama UMS dan Pernas, para usahawan berpeluang mendapat bimbingan dan pemantauan daripada pakar halal di PPPH bermula daripada pemeriksaan premis sehingga berjaya mendapat sijil halal bagi produk mereka.
“Dua syarikat kategori kecil iaitu Lekor Masyhur Enterprise dan Ina Legacy Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat pensijilan halal masing-masing pada tahun ini,” katanya.
Tambah Hasmadi, kedua-dua syarikat tersebut dikategorikan di bawah skim penghasilan produk makanan.
“Syarikat Lekor Masyhur Enterprise terlibat dalam penghasilan kerepok lekor manakala Ina Legacy Sdn. Bhd. terlibat dalam penghasilan minuman dengan jenama Cendol Ina,” ujarnya.
Hasmadi berkata PPPH UMS akan terus giat memberikan bimbingan dan latihan berkaitan pensijilan halal Malaysia kepada pihak industri khususnya di Sabah memandangkan pusat ini diiktiraf sebagai penyedia latihan halal oleh JAKIM, menjadikannya satu-satunya penyedia latihan halal yang diiktiraf di Sabah.
“Selain bimbingan kepada pengusaha industri, PPPH juga menyediakan latihan dalam memahami dan memenuhi keperluan pensijilan halal.
“Pihak kami juga telah merancang untuk membangunkan ekosistem halal Sabah secara lebih komprehensif di setiap peringkat bagi memastikan produk halal Sabah dapat bersaing di peringkat global,” katanya.



Siswa-siswi 鶹Ƶ (UMS) turun padang bagi menyantuni penduduk Kampung Gentisan, Sepanggar menerusi Program Kunjung Kasih 3.0.
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) 鶹Ƶ (UMS) terus memupuk semangat cinta terhadap seni dan warisan budaya dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah.
Program Komuniti Jalinan Kasih anjuran sekumpulan pelajar 鶹Ƶ (UMS) di Kampung Indarason Laut, Kudat baru-baru ini menjadi satu platform dalam memupuk dan mengeratkan hubungan antara siswa-siswi dengan komuniti luar bandar khususnya dengan penduduk kampung tersebut.
鶹Ƶ (UMS) terus memperkasa generasi muda apabila seramai 57 pelajar Tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya dan SMK Taman Tun Fuad menyertai Program Kelas Bimbingan STEM Living Lab Edu-Xperiential, baru-baru ini.