鶹Ƶ

鶹Ƶ (UMS) telah menerima pengiktirafan global apabila dianugerahkan Anugerah Program Mobiliti sempena World University Association for Community Development (WUACD) Summit 2025 baru-baru ini di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.

Menurut satu kenyataan dari UMS, penganugerahan tersebut adalah sebagai pengiktirafan terhadap dengan penglibatan aktif UMS melalui IPB khususnya berkaitan bidang pembangunan masyarakat bersama Universitas Airlangga yang merupakan Sekretariat WUACD sepanjang tahun 2024.

“Sejak menjadi ahli WUACD pada tahun 2022, UMS telah giat melaksanakan program mobiliti yang memberi fokus kepada Pembangunan Masyarakat bersama Universitas Airlangga.

“Antaranya adalah UMS-Airlangga University Joint Community Programme 2024, sesi lawatan fasiliti, aktiviti bersama komuniti Darau Wetland Eco-Tourism, Kampung Darau, Menggatal, dan aktiviti bersama komuniti Bombon Kg. Marakau, Ranau.

“Dengan pengiktirafan ini, UMS akan terus komited untuk meneruskan pelaksanaan program bersama ahli-ahli WUACD dalam memartabatkan Pembangunan kepada Masyarakat berterusan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Presiden WUACD, Prof. Dr. Mohammad Nasih yang juga merupakan Rektor Universitas Airlangga kepada Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri UMS, Prof. Dr. ChM. Ts. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk. Dr. Kasim Hj. Mansor.

KUDAT – One Health Student Club (OHSC), 鶹Ƶ (UMS), dengan kerjasama Pusat U-Science UMS, Pusat Sains Negara, dan Pejabat Pendidikan Daerah Kudat telah menganjurkan program ‘Science & Art Camp: Future Doctor in Tech’.

Program bertemakan “Empowering Rural Sabah Students on Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) and Artificial Intelligence Through Hackathon Camp” berlangsung selama dua hari, di sini, baru-baru ini.

Program ini turut ditaja oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), sebagai sebahagian daripada usaha memupuk minat dalam bidang STEM dan teknologi dalam kalangan pelajar luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Menurut Penasihat OHSC UMS, Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad, pendekatan berkonsepkan hackathon digunakan untuk menggabungkan aktiviti praktikal dan kerja berpasukan.

“Fokus utama adalah memperkenalkan pelajar kepada aplikasi AI dalam bidang kesihatan, di samping membimbing mereka melalui tugasan berkumpulan dan sesi bimbingan mentor.

“Ini bukan sahaja memberikan mereka kemahiran asas tetapi juga motivasi untuk meneroka kerjaya masa depan dalam bidang STEM, khususnya dalam profesion perubatan,” jelas beliau.

Seramai 120 orang pelajar daripada 12 buah sekolah menengah di Kudat telah menyertai program ini. Majlis Perasmian Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Sains Perubatan), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS, Dr. Mohammad Firdaus Bolong.

Menurut Mohammad Firdaus, adalah penting untuk menekankan kepentingan pendidikan STEM dalam kepada para pelajar sekolah khususnya di luar bandar untuk membina masa depan negara.

“Pendedahan awal kepada STEM bukan sekadar membina ilmu, tetapi membentuk cara berfikir generasi muda melalai cara berfikir yang kritikal, kreatif dan inovatif.

“Program seperti ini penting untuk memastikan anak-anak Sabah tidak ketinggalan dalam gelombang teknologi dan sains kesihatan masa depan.

“Program ini juga menjadi bukti bahawa pendedahan awal terhadap bidang teknologi dan sains dalam konteks kesihatan mampu menyemai cita-cita besar dalam kalangan pelajar luar bandar, seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan negara yang seimbang dan inklusif,” ujar beliau.

Peserta program, Vivilleahlyn Majiman dari SMK Pinawantai ketika ditemui berasa teruja berkongsi kegembiraannya menyertai program tersebut.

“Saya sangat gembira dan seronok hari ini. Kami belajar banyak perkara baru, terutama tentang bagaimana teknologi boleh digunakan dalam bidang kesihatan.

“Ia membuka mata saya tentang kerjaya doktor yang lebih moden dan canggih,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Sektor Pembangunan Murid, Amiluddin bin Majuki dan Penceramah merangkap Pensyarah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Aimi Shazwani Ghazali.

Inisiatif Project Heart to Hospitality (PHoH) oleh kumpulan pelajar Program Pengurusan Hospitaliti, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), 鶹Ƶ (UMS) mampu memperkukuhkan jalinan antara pelajar universiti bersama komuniti setempat menerusi aktiviti yang dilaksanakan.

Program tersebut telah memilih Kampung Seri Serbang, Bongawan sebagai lokasi untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini.

Menurut pengarah program, Audray Pedroso, program anjuran pelajar Kursus Pengurusan Acara Hospitaliti dan dipimpin pensyarah FPEP, Marry Tracy Anak Pawan itu menjadi satu platform pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar bersama komuniti setempat.

“Program ini merangkumi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan yang bertujuan memperkasa nilai insaniah serta keterlibatan sosial pelajar dalam mendekati masyarakat luar bandar

“Ini sekali gus mampu membantu mencapai objektif dalam menyemai semangat kepimpinan, memperkaya kemahiran komunikasi serta mempererat hubungan antara mahasiswa dan komuniti setempat melalui aktiviti interaktif dan sukarelawan,” katanya.

Audrey turut memaklumkan, antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti pembinaan sudut permainan di Tabika KEMAS Kampung Seri Serbang, gotong-royong mengecat Surau Al-Hidayah serta pembinaan tugu kenangan pelajar UMS.

“Aktiviti ini turut melibatkan sesi bersama penduduk kampung dan pengagihan Bakul Rahmah kepada golongan yang memerlukan, yang melibatkan 20 buah keluarga sebagai penerima.

“Turut menjadi tarikan ialah sesi riadah dan kebudayaan seperti River Cruise & Firefly Viewing di Anjung Peranginan Seri Serbang, Sukaneka Kanak-Kanak dan Dewasa, serta Malam Nostalgia yang menampilkan persembahan pelajar dan komuniti tempatan. “Pelbagai persembahan tradisional, pertandingan, serta cabutan bertuah telah menceriakan suasana dan menggalakkan interaksi dua hala antara mahasiswa dan penduduk kampung,” katanya.

Malam nostalgia yang dijayakan juga katanya mendapat sambutan hangat daripada komuniti, selain aktiviti-aktiviti yang dijalankan turut menerima penyertaan daripada pelancong dari Korea dan China khususnya sewaktu aktiviti sukaneka diadakan.

Perasmian program tersebut disempurnakan Ketua Program Pengurusan Hospitaliti Dr. Andi Tamsang Andi Kele yang mewakili Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd. Karim, serta turut dihadiri Ketua Kampung Seri Serbang, Tuan Darimin Hj Dalhan, dan wakil komuniti, Jeffery Hossil.

Program yang dijayakan oleh lebih 80 siswa UMS bersama-sama penduduk kampung itu turut menerima tajaan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Yayasan Sabah dan Qhazanah Sabah Berhad.

McDermott, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat, dan 鶹Ƶ (UMS) telah memeterai satu Surat Hasrat (LoI) bagi menjalin kerjasama dalam inisiatif akademik dan industri yang bakal memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan serta pengukuhan kapasiti serantau di Sabah, yang merupakan hab tenaga utama Malaysia.

LoI tersebut merangkumi kerangka kerjasama jangka panjang yang akan melibatkan empat fakulti di UMS, iaitu Fakulti Komputeran dan Informatik, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, serta Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

Kerjasama itu termasuk penempatan industri untuk pelajar, penyelidikan bersama, projek pendidikan serta pembangunan kokurikulum bagi menyokong pembentukan tenaga kerja yang lebih mahir dan bersedia untuk industri.

Majlis pemeteraian LoI tersebut telah berlangsung bersempena dengan Persidangan dan Pameran Energy Asia 2025 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur, dan turut disokong oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam usaha memperkukuh komitmen terhadap kandungan tempatan di negara ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, menerusi kerjasama itu, UMS dan McDermott berhasrat menyelaraskan pembelajaran akademik dengan keperluan industri, selain merapatkan jurang kemahiran dan menyokong pertumbuhan mampan.

“Ini sekali gus menyokong matlamat kami untuk melahirkan graduan berimpak tinggi yang bersedia untuk menyumbang dalam sektor tenaga.

“Kepimpinan industri McDermott serta fokusnya yang jelas terhadap pembangunan serantau menjadikan kerjasama ini langkah yang bermakna ke arah memperluas peranan Sabah dalam ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan McDermott bagi Kemudahan Dasar Laut dan Terapung, Mahesh Swaminathan berkata, kerjasama ini mencerminkan pelaburan berterusan McDermott dalam masa depan Malaysia.

“Ini dilaksanakan dengan menyokong kerjasama akademik-industri dan memperkukuh keupayaan tempatan, khususnya di Sabah.

“Usaha ini selari dengan pelbagai inisiatif pembangunan kandungan tempatan dan tenaga kerja yang telah dilaksanakan di rantau ini, dan mengukuhkan komitmen kami untuk memperluas peluang di kawasan yang paling memerlukan,” katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Promosi dan Pemudahcara Pelaburan) MIDA, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja turut bersetuju bahawa kolaborasi tersebut merupakan contoh terbaik tentang bagaimana industri dan akademia boleh bekerjasama dalam menyokong visi Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi bakat bernilai tinggi dan inovasi.

“Fokus McDermott terhadap pembangunan kapasiti turut menyokong matlamat nasional untuk membangunkan sektor tenaga yang kompetitif dan inklusif di peringkat serantau,” ujar beliau.

Inisiatif kolaborasi antara kedua-dua organisasi itu turut menyokong perkongsian ilmu, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), serta penyelidikan yang sejajar dengan keperluan industri dan menyumbang kepada usaha negara untuk pertumbuhan inklusif dan pembangunan berpaksikan inovasi.

Hadir sama pada acara menandatangani LOI tersebut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

鶹Ƶ (UMS) menganjurkan seminar “Beyond Care: Empowering Caregivers” bagi memartabatkan industri penjagaan negara yang berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS, baru-baru ini.

Ia dianjurkan bersama oleh Pusat Pendidikan Fleksibel UMS dan Jabatan Pembangunan Bakat UMS yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

Menurut Kasim, universiti kini bukan hanya menyampaikan ilmu teori, tetapi turut berperanan melahirkan tenaga kerja mahir yang seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai insan.

“Kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran demografi termasuk penuaan penduduk, penyakit kronik, serta keperluan penjagaan untuk golongan warga emas dan OKU.

“Golongan penjaga atau caregiver semakin penting, oleh itu universiti mempunyai peranan strategik untuk memperkasakan mereka,” ujar beliau semasa perasmian tersebut.

Penganjuran seminar ini dilihat sejajar dengan dasar negara seperti Dasar Warga Emas Negara, Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dan dasar kesihatan awam.

Kasim turut memuji peranan Pusat Pendidikan Fleksibel UMS yang proaktif menawarkan program pensijilan dalam bidang penjagaan bagi memperluaskan akses Kepada latihan kemahiran.

“UMS ingin tampil bukan sahaja sebagai pusat pendidikan formal, malah sebagai pusat rujukan komuniti dan inovasi sosial.

“Kita mahu menjadi pemacu kepada pembangunan industri penjagaan negara” katanya lagi.

Cabaran dalam membina ekosistem penjagaan yang lebih mampan dan berdaya saing telah menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri penjagaan dalam seminar ini.

Kasim turut menegaskan bahawa ilmu yang ditawarkan di universiti harus menjangkau pasaran kerja semata-mata untuk membentuk masyarakat penyayang serta berempati selaras dengan prinsip Malaysia Madani.

“Saya berharap seminar ini menjadi titik permulaan kepada jaringan lebih meluas dalam membangunkan bidang penjagaan sebagai satu industri kondusif,’’ katanya.