鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa, pembayaran Pelarasan Gaji Fasa 2 SSPA telah dimasukkan dalam gaji bulan Januari 2026. Bersama-sama ini disertakan infografik berkaitan pembayaran tersebut untuk makluman dan rujukan.
Sehubungan itu, dipohon kerjasama YBhg.Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan di peringkat JAFPIB.
Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan lanjut:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068
#UMSTheBrainOfBorneo #cekapcepattepat
#BPSMJabatanPendaftar

Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PUSAT ISLAM UMS BIL.1/2026
Assalamualaikum wbt. YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, kerjasama YBhg.Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan PIUMS dengan mengimbas Kod QR di poster yang disediakan dan link pautan seperi maklumat di bawah:
Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PIUMS:
Link Pautan e-rating Pusat Islam:
Maklum balas anda amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
#Menyantuni Asnaf Aspirasi Kami
#Keselamatan dan Keselesaan Jemaah Keutamaan Kami
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainOfBorneo

Pengumuman Daripada:Bahagian Perkhidmatan Akademik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
TAKLIMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026📢
Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Pembantu Pengawas Peperiksaan Semester 1 Sesi 2025/2026 akan diadakan seperti berikut:-
🗓️23 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ 09.00 pagi
➡️
Sehubungan itu, kakitangan pelaksana yang dilantik bagi JAFPIB yang terlibat adalahWAJIBuntuk menghadiri taklimat tersebut.
Sekian, terima kasih

Pengumuman Daripada:Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), 鶹Ƶ membuka peluangLatihan Industri 2026khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi. Mohon dihebahkan kepadapelajar tahun akhirfakulti masing-masing.

Program:Latihan Industri – Instrumentasi Termaju dalam Makmal Pengujian (Platform pembangunan kompetensi berfokus untuk pelajar, graduan dan profesional industri)

Tarikh Temuduga:
📅28 Januari 2026 (Rabu)
🕚11:00 pagi – 3:00 petang
📍Smart Space, Fakulti Sains dan Teknologi (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam)
Kelayakan:✔ Pelajar Diploma / Ijazah Sarjana Muda -untuk memenuhi keperluan syarat bergraduasi.
Bidang berkaitan:
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Bioteknologi
  • Sains Gunaan / Bahan
  • Kejuruteraan / bidang berkaitan
Skop Latihan:
  • Keselamatan & amalan kerja makmal
  • Pengendalian peralatan asas & instrumentasi termaju
  • Penyediaan sampel & analisis
  • Dokumentasi, pelaporan & pengurusan data
  • Tugasan berasaskan masalah sebenar
  • Etika & profesionalisme makmal
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran.
Pertanyaan & Maklumbalas:📞+6088-329 024 (Pejabat Pentadbiran PIPS)
👉Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran & kebolehpasaran anda.

Announcement From:Careeer and Entrepreneurship Development Centre

Calling all UMS students who are passionate about technology, innovation & STEM! join the TECH 4 GOOD CHALLENGE 2026 (T4G 2026) - National-Level Innovation Competition
Team : 3 students per team
Who can join : UMS & IPT students (STEM / innovation-related fields)
Focus : Tech solutions with real social impact
📝 Register here:
https://forms.gle/dK9ceQeTRsq43Fxi7
📌 More info (tracks, timeline & guidelines):
https://college.vitrox.edu.my/tech4good-challenge
📞 Enquiries:
Ms Lim Chin Hui (Mandy) – 012-410 3379
✨ Build your innovation portfolio.
✨ Gain national exposure.
✨ Represent UMS with impactful ideas.
Please share with your friends, coursemates & innovation/STEM clubs.
organised by:
ViTrox Academy, and Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR Kampar Campus)