Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, 鶹Ƶ (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat UMS bagi tahun 2026. Pusat Islam UMS akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) untuk pelajar, kakitangan dan masyarakat sekitar UMS di samping mengeratkan ukhuwah dan menyemarakan pengimarahan Masjid UMS yang dianggarkan seramai 200 jemaah akan menghadiri Majlis Iftar sepanjang bulan Ramadan dengan jumlah perbelanjaan RM2,000.00 setiap sehari.
3. ĂĂĂ
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin
memohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puanuntuk mempertimbangkan sumbangan berbuka puasa sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan (juadah berbuka puasa) bagi menjayakan Majlis Iftar sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
4. Bersama-sama dengan ini, disertakan borang sumbangan iftar dan poster untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan borang iftar bolehlah berhubung denganEncik Binik Majuril di talian 088-320000-sambungan 203200/HP: 019-8737704/013-8728323.
Segala sumbangan yang diberikan amatlah kami hargai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan program berbuka puasa tersebut. Semoga sumbangan pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puanini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran pahala yang berganda di sisi Allah SWT.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192
Sekian.