鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Dimaklumkan bahawa Permohonan Rayuan Semakan Semula Markah LNPT Akademik & Pentadbiran Tahun 2024 telah dibuka bermula7 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
Sehubungan itu, semua kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalahWAJIBuntuk membuat semakan markah masing-masing bagi LNPT Tahun Penilaian 2024 dan memberikan maklumbalas setuju atau tidak setuju.
Kakitangan yangTIDAKmembuat sebarang pengesahan dalam tempoh masa yang diberikan, dianggap bersetuju dan berpuas hati dengan penilaian yang diberikan.
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Jabatan Pendaftar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadan 1446H, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Program Kasih Ramadan 2025, yang melibatkan aktiviti Gotong Royong Penyediaan dan Pengagihan Juadah Berbuka Puasa [Bubur Pulut Hitam].

Butiran pengagihan adalah seperti berikut:

📆Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)

⏰Masa: 4.00 petang

📍Tempat: Bulatan Utama (roundabout) UMS #Rujuk Poster

Semoga program ini berjalan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.

Pengumuman Daripada:Hospital UMS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya, Hospital 鶹Ƶ (HUMS) ingin menjemput semua kakitangan UMS untuk menghadiri Bengkel Konsep & Amalan Profesional: Hospital Mesra Ibadahdengan tema“Hospital Pakar UMS: Ladang Pahalaku”.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅Tarikh:21 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ Masa:8.30 pagi – 3.30 petang
📍 Lokasi:Auditorium Utama, Blok B, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta mengukuhkan pemahaman mengenai pelaksanaan standard hospital yang mesra ibadah. Program ini akan menampilkan penceramah jemputan:
🎤 Dr. Ishak bin Mas’ud– Pengarah Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur
🎤 Ustazah Dr. Hajah Suhailah binti Abdul Muin– Ketua Program Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Islam
Manakala sesi panel forum akan dikendalikan oleh:
🎙 Dr. Sarip bin Adul– Pengarah Pusat Islam, 鶹Ƶ
✅ Penyertaan adalah percumauntuk semua kakitangan
✅ Mata IDPdisediakan
Jadual penuh program boleh dirujuk dalam poster yang dilampirkan. Kami amat menggalakkan kehadiran semua kakitangan bagi bersama-sama memperkasa nilai ibadah dalam ekosistem hospital.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Azimah Binti Rahmat melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

JOM KENALI SIMPTOM RASUAH SEPERTI YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PUSAT PELABURAN, ENDOWMEN DAN WAKAF (CIEW), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. JOM SAMA-SAMA KITA MEMBANTERAS RASUAH!