鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Strategik

Assalamualaikum wbt. YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, sukacita kiranya YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas Kod QR yang tertera atau pautan di bawah.

Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PPS:


Maklum balas YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan OKU

KUALITI BERMULA DARI KITA: MINDA POSITIF, HASIL LUAR BIASA
📅 10 Julai 2025 (Khamis)
⌚9.00 pagi - 11.00 pagi
💻Microsoft Teams
🔗
🗣️ Puan Zuraini Hamdin, Timbalan Pengarah (Kualiti Perkhidmatan), Pusat Jaminan Kualiti, UMS
✅Mata IDP disediakan

Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

PENYERTAAN INFAK HELWA – PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.
Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
#UMSshare
#infakhelwa
#UMSleadingtowardsinnovativesocieties