鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

Assalamualaikum WBT,
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS) sedang menjalankanSoal Selidik Kajian Motivasi Zakat Harta & Penghargaan UMS. Kajian ini bertujuan menilai tahap motivasi warga UMS dalam menunaikan zakat harta serta keberkesanan pemberian hadiah/cenderahati sebagai bentuk penghargaan.

Sehubungan itu, semua warga UMS dijemput untuk mengambil bahagian dengan mengisi soal selidik yang disediakan dalam tempoh berikut:
🗓️Tarikh:13 – 23 Disember 2025
Masa:Sepanjang tempoh kajian
📍Medium:
Penyertaan dan pandangan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat penting bagi membantu Pusat Islam UMS memperkukuh strategi motivasi pembayaran zakat harta serta meningkatkan keberkesanan program penghargaan kepada kakitangan.
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat.” (Surah An-Nur 24:56)
Sebarang persoalan, sila hubungi:
-UNIT ZAKAT, PUSAT ISLAM UMS
Di talian Hotline Pusat Islam:-
☎️Directline : 088-320 624
§: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📞Pn. Noorisah 013 285 5378
📞Pn. Kartini 019 804 2698
📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

Announcement From:UMS Library

📢 VERIFICATION FOR ARTICLES & PROCEEDINGS 2025
Please submit your documentsby 19 December 2025to avoid any delay in the verification process😉
For enquiries, kindly contact us via WhatsApp:
🟢 Main Library: 013-8088222 / 088-320232
🟢 Medical Library: 088-329055
🟢 Sandakan Library: 089-634200
🟢 KAL Library: +6087-503119
📩 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
#SMPPPI
#SharingInformation
#UMSLibrary
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainofBorneo

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr.,
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN 2.0) FASA 1 BAGI TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN 2.0) bagi Fasa 1/2026. Maklumat pembukaan permohonan adalah seperti berikut:
Takwim Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 1 Tahun 2026
Tarikh Pembukaan Permohonan   16 DIS 2025 (Selasa)
Tarikh Tutup Permohonan 30 Jan 2026 (Jumaat)
3.    Susulan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon jasa baik dan kerjasama
YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua penyelidik F/A/P/I masing-masing. Permohonan projek adalah menerusi sistem ePPRN yang boleh diakses melalui pautan https://epprn.mohe.gov.my/.
4.    Sehubungan itu, dilampirkan adalahGaris Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public-Private Research Network – PPRN) 2.0 (Bilangan 1 Tahun 2025) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN, UMS seperti yang berikut:
i) Puan Rohani binti Hadi             016 – 803 2554          Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ii) En. Saiful Nizam Akmat             014 – 555 3777          Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Perpustakaan UMS

📢Terkini:MAKLUMAN PENAMATAN LANGGANAN PANGKALAN DATA SPRINGER NATURE LINK

Untuk makluman kepada semua pelanggan Perpustakaan UMS bahawaPangkalan Data Springer Nature Linkyang dilanggan oleh KPT akantamatpada31 Disember 2025

Segala kesulitan amat dikesali.







Pengumuman Daripada:Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

🔰🔰PERINGATAN MESRA🔰🔰
🔴 Berbaki 28 hari daripada tarikh akhir permohonan CBTH & GCR 2025 iaitu pada 15 Januari 2026.
🔴 Peratus permohonan kakitangan sebanyak 19% masih rendah (seramai 538 daripada 2,812 kakitangan memohon).
🔴 Dipohon kerjasama Ketua Jabatan & Ketua Pentadbiran untuk memantau dan memberi peringatan kepada kakitangan lantikan tetap di JAFPIB masing-masing bagi mengelakkan sebarang baki tahun 2025 cuti luput.
🔴 Tiada sebarang RAYUAN selepas tarikh tutup permohonan.
Sekian, terima kasih.
Sektor Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Tarikh: 19 Disember 2025 (Jumaat)