Âé¶¹ÊÓÆµ

Ìý

Pengumuman Daripada:ÌýJabatan Pendaftar

Ìý

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, permohonan bagi jawatan

Ìý

🔹Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Gred Utama B (VU6) (Terbuka);
🔹Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Gred Utama B (VU6) (Terbuka); danÌý
🔹Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Gred Utama B (VU6) (Terbuka)
Ìý
di Universiti Teknologi Malaysia adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 15 Disember 2025.
Ìý
2.Sebagai makluman, proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka bagi memberi peluang kepada semua individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengemukakan permohonan.
Ìý
3.Sehubungan dengan itu, semua individu yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing bagi dipertimbangkan ke jawatan tersebut dengan melengkapkan borang permohonan melalui pautan berikut,Ìý
Ìý
4.Semua permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 9 Januari 2026 (Jumaat) melalui borang permohonan yang telah disediakan.
Ìý
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Ìý

Pengumuman Daripada:ÌýJabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

Ìý

TARIKH MULAÌý : 15 DISEMBER 2025 SEHINGGA 26 DISEMBER 2025

ADALAHÌýDIMAKLUMKAN BAHAWA KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DIÌýJALAN PERDANA PUNCAK ILMU AKAN DILAKSANAKAN.

BAGI MENJAMIN KESELAMATAN PENGGUNAÌýJALANÌýDAN MELANCARKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENGGUNA JALAN DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA BERHATI-HATI SERTA MEMATUHI SEGALA ARAHAN DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI .

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

Ìý

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.Ìý

Ìý

Pengumuman Daripada:ÌýPenerbit UMS

Ìý

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera warga UMS,
Ìý
Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, Âé¶¹ÊÓÆµ melaluiÌýPenerbit UMSÌýingin mengumumkan satu lagi pencapaian membanggakan apabila buku terbitan UMS telahÌýterpilih dalam MBBY Honour List 2026ÌýanjuranÌýMalaysian Board on Books for Young People (MBBY).
Ìý
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
Ìý
Victor B. Pangayan
Lilian Lee Shiau Gee
Rose Patsy Tibok
atas kejayaan buku bertajuk:
The Tale of Ie’ Gadung
Ìý
yang telah menerima pengiktirafan dalamÌýMBBY Honour List 2026, sebuah senarai berprestij yang menghimpunkan karya berkualiti tinggi untuk kanak-kanak dan remaja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Ìý
Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf kreativiti dan kualiti penulisan para penulis, malah turut mengharumkan namaÌýÂé¶¹ÊÓÆµÌýserta memperkukuh peranan Penerbit UMS dalam memperkasa penerbitan buku kanak-kanak dan remaja yang berimpak tinggi.
Ìý
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga UMS untuk terus menghasilkan karya bermutu dan berdaya saing.
Ìý
Sekian, terima kasih.

Ìý

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Ìý

Ìý

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktifÌýWAJIBÌýmengisi LNPT bagi tahun 2025.

Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2025 untuk rujukan.

Ìý

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM)

Ìý

Ìý

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautanÌýÌýatau imbas kod QR yang disediakan. Ìý

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan PKLM. Ìý

Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.