鶹Ƶ

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

E-Buletin Edisi 1 Kontinjen Twin Tower telah dilancarkan dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Twin Towersempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS) 2025 pada 18 September 2025 (Khamis).

Majlis penuh simbolik ini disempurnakan oleh YBrs. Encik Luqman Ridha Anwar dan turut dihadiri oleh Ketua Kontinjen Twin Tower, Encik Hasmi Hashim, Pengarah Pejabat Canselori dan turut dihadiri Encik Sirahim Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Dr. Rizal Zamani Idris, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan wakil daripada Jabatan Bendahari, Puan Siti Khadizah Yaakub.

E-Buletin Kontinjen Twin Tower merupakan sebuah terbitan yang menghimpunkan pelbagai momen menarik sepanjang karnival sukan bermula dari proses pemilihan sukan, sesi latihan intensif, pasukan sorakan yang penuh semangat hingga ke detik mendebarkan perlawanan. Setiap halaman menggambarkan komitmen, kerjasama dan semangat juang para peserta yang bukan sahaja bertanding untuk menang tetapi juga untuk memperkukuh silaturahim sesama staf.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Editor dan juga Penulis e-Buletin Kontinjen Twin Tower sempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS), Encik Elizer Ezral Dunsing dari Jabatan Bendahari di atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih dalam menerbitkan e-buletin ini yang telah berjaya merakamkan detik-detik indah dan semangat kesukanan warga UMS khususnya di Bangunan Canselori.

Pautan E-Buletin Kontinjen Twin Tower:

#BukanCincai

#BertekadCemerlang

#UMSTheBrainofBorneo

Pengumuman Daripada:Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

Assalamualaikum w.b.tdanSalam Sejahtera
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
02. Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, PPST akan menganjurkan satu ceramah bertajuk "Membina Sahsiah Unggul Melalui Integriti" pada ketetapan seperti berikut:
    Tarikh:26 September 2025 (Jumaat)
    Masa: 9.00pagi-10.30 pagi
    Kaedah: Secara Atas Talian: Cisco Webex
    Penceramah: En. Datu Razali Datu Eranza
                Pensyarah, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
    Pautan Kursus:
Sasaran Peserta:
✅ Kakitangan Pentadbiran & Sains
✅ Pensyarah
✅ Pelajar
Kehadiran semua warga PPST (kakitangan dan pelajar) adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Sektor Pemantauan dan Pematuhan, Jabatan Bendahari

Salam sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Tahu kah Anda Komitmen Pengurusan tinggi adalahNADIkepada tadbir urus kewangan yang sistematik dan berkesan?
Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari dengan penuh rasa bersemangat menjemput tuan/puan untuk menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu yang akan disampaikan oleh wakilJohan Anugerah Pengurusan Kewangan (APK) Tahun 2024pada ketetapan berikut;
📆Tarikh : 03 Oktober 2025 (Jumaat)
🕝Masa : 2.30 petang
🛰Tempat : Secara Atas Talian (Webex)
Objektif Sesi: Perkongsian tadbir urus kewangan sistematik yang boleh dijadikan panduan/benchmark kepada PTJ UMS untuk meningkatkan kualiti dan komitmen pengurusan kewangan di PTJ.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga 鶹Ƶ (UMS)
Markah IDP akan diberikan
Sesi Perkongsian boleh diakses melalui pautan seperti berikut:
🛰Pautan Sesi Perkongsian:
❓Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/6019-8007108 (Encik Jipin Helion)
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)
Kerjasama dan perhatian Tuan/Puandalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
PERMOHONAN PENAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH FASA 2/2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) telah membuka permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah Fasa 2/2025 bermula 23 September sehingga 21 Oktober 2025.
3. Sehubungan dengan itu, pihak YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan, adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tersebut melalui portal SMPPI; https:///SMPPPI/Default.aspx.