鶹Ƶ

Announcement From:Pusat Pengurusan Penyelidikan

Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pemantauan Program /Projek Penyelidikan yang telah di luluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 1 Tahun 2025 telah dilaksanakanbermula 21 Mac 2025 dan berakhir pada 6 Mei 2025. Ketua Program/Projek penyelidikan hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan(data sehingga 31 Disember 2024) sebelum atau pada 6 Mei 2025. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan ini merangkumi skim geran penyelidikan seperti berikut :
1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023.
2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 sehingga Fasa 1/2023.
3. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus denganPuan Rohani Hadi (No. Telefon : 016-8032554) atau Encik Afendih Ambrih (No.Telefon : 013-8216167)
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

Sukacita dimaklumkan Pusat pembangunan dan Kecemerlangan Akademik [PPKA] akan menganjurkan BENGKEL HANDS ON VIDEO EDITING USING APPS SIRI 1/2025: CANVApada ketetapan berikut;
Tarikh: 30 April 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12 tengahari
Pautan :
Penceramah:
Dr Nik Hadiyan Nik Azman
Penyelaras QVC
Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik
Universiti Sains Malaysia
✅ Semua ahli akademik dijemput hadir
✅Mata IDP akan diberikan
#UMStheBrainofBorneo

Pengumuman Daripada:Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan atau imbas kod QR yang disediakan.
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Penerbit UMS

Ceramah INTEGRITI DI TEMPAT KERJA : Pendekatan Penyeliaan dan Pemantauan Yang Berkesan
Tarikh : 08 Mei 2025 (Khamis)
Masa : 9:30 - 11:00 Pagi
Kaedah : Secara atas talian (Cisco Webex)
Pautan Webex :
Penceramah : ACP Wong Ting Lee, Urusetia Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.
✔️Terbuka kepada semua kakitangan UMS
✔️Mata IDP akan diberikan