鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

❗ KEMASKINI ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI❗


AssalamualaikumWBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Makluman untuk kakitanganUMS, Salah satu syarat wajib berzakat adalah cukuphaul (genap setahun). Melalui potongan gaji secara bulanan atau setahun.
Namun, beberapa faktoryang mempengaruhi kadar potongan zakat berjadual adalah seperti berikut:-
- Jumlah gajiyang diterima(gaji kasar)
- Jumlah tanggungan
- CarumanKWSP
- Jumlah pemberian bulanan kepada ibubapa
- Jumlah simpanan bulanan ke Tabung Haji
Oleh itu, pencarum dinasihatkan untuk membuat kemaskini secara berkala apabila berlaku perubahan kepada faktor- faktor diatas bagi mengelakkan kekurangan jumlah wajib dizakatkan.
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
Hari: SetiapHari Isnin- Jumaat
Masa: 8.30 pagi- 4.30 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
Sebarang Persoalan@ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Encik Malik ()
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik. Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
“Ambillah(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka(dari dosa) dan mensucikan mereka(dari akhlakyang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar LagiMaha Mengetahui."
(At - Taubah103)
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSshare

Pengumuman Daripada:Sektor Pengembangan Profesional, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar

Garis Panduan dan Inforgrafik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA)

Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas yang berkhidmta di Universiti Awam dan Hospital Universiti yang berminat dan memnuhi syarat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana, Sarjana Perubatan dan Kedoktorann secara sepenuh masa.

Sehubungan dengan itu, pegawai yang berminat dialu-alukan untuk membuat permohonan secara atas talian di pautan . Permohonan akan dibuka mulai 02 September 2024 jam 5.00 petang hingga 2 Oktober 2024 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Dilampirkan bersama adalah Garis Panduan dan Inforgrafik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA).

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:U-Science UMS

Sukacita dimaklumkan bahawa, U-Science 鶹Ƶ (UMS) dengan sokongan Akademi Sains Malaysia (ASM) dan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Komputeran dan Informatik (PMFKI) UMS akan mengadakan program“PythonWorkshop 2024 : Programming For Beginners”. Aktiviti ini dilaksanakan bagi membolehkan guru dan pelajar didedahkan dengan pengetahuan bidang pengaturcaraan (coding) dan mengaplikasikannya dalam projek-projek inovasi.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 4 (30 slot) dan guru (20 slot)yang berminat. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang menamatkan bengkel ini.
Aktiviti ini akan berlangsung mengikut ketetapan seperti dalam jadual berikut;
HARI
MAKLUMAT PROGRAM
TEMPAT
PAUTAN PENDAFTARAN
TARIKH/HARI/AKTIVITI
H1
12 September 2024 (Khamis)
  • Introduction toPython
HAINA Lab, Fakulti Komputeran & Informatik
H2
13 September 2024 (Jumaat)
  • Pythonfor Arduino
H3
23 September 2024 (Isnin)
  • Project Planning
H4
24 September 2024 (Selasa)
  • Competition
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus denganEn. Malcolm Jilimin (013 - 556 2282 /Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
Sekian.