鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para inovator dari 鶹Ƶ atas kejayaan dalam Pertandingan Carnival Research and Innovation (CRI) 2024 yang telah berlangsung pada 8 dan 9 September 2024 bertempat di Dewan Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan.

Keputusan:
4 pingat Emas, 1 Perak, dan 3 Anugerah Khas.

Pengumuman Daripada:Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH) menjemput anak-anak kakitangan UMS yang berminat untuk menghadiri Kursus Chef Cilik pada ketetapan berikut:
Tarikh: 19September2024 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Bagi yang berminat, boleh mendaftar hanya dengan mengimbas Kod QRseperti yang tertera di poster.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH) menjemput anak-anak kakitangan UMS yang berminat untuk menghadiri Kursus Perintis Sains Makanan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 18 September2024 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Bagi yang berminat, boleh mendaftar hanya dengan mengimbas QR Kod seperti yang tertera di poster.
Sekian, terima kasih.

Announcement From:UMS Library

🎉 The MALAYSIA NATIONAL ONLINE QUIZ 2024 is here again! You have until 31 October 2024 to join in the fun and stand a chance to win amazing prizes! 🎁
📱 Access the quiz:
https://bit.ly/EmeraldMalaysiaNQ2024
Good luck! 😉
#EmeraldOnlineQuiz2024
#MalaysiaNationalOnlineQuiz2024
#EmeraldPublishing
#UMSLibrary

Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan dan Suntingan UMS

Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Unit Terjemahan dan Suntingan UMS (UTUMS) dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menawarkan Kursus Asas Penterjemahan (Intensif) khas untuk staf UMS sahaja (pentadbir dan akademik) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 23-28 September 2024 (Isnin-Sabtu)

Masa: 9.00 pagi-5.00 petang

Mod kursus: Dalam talian (Online)

Bahasa terjemahan: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Yuran: RM1000.00 seorang (bahan pembelajaran dan sijil)

Tarikh tutup pendaftaran: 18 September 2024 (Rabu)

Sorotan kursus:

  • Asas, teori dan teknik penterjemahan
  • Bahasa Melayu dalam terjemahan
  • Penterjemahan teks umum
  • Penterjemahan teks sains sosial
  • Penterjemahan teks sains teknologi

Kursus akan dijalankan oleh penatar ITBM yang berpengalaman.

Maklumat pembayaran kepada ITBM:

  1. Pindahan wang secara dalam talian
  2. Pesanan kerajaan (LO)
  3. Deposit mesin
  4. Cek tunai

Pautan pendaftaran:

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:

Dr. Wendy Hiew (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Dr. Rose Patsy Tibok (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)