Pengumuman Daripada:ÌýPusat Pengurusan EcoFarm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
Ìý
Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan EcoFarm (ECOFARM) sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi Suku Pertama Tahun 2026 (Januari – Mac). Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ECOFARM.
Ìý
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk mengambil bahagian dengan mengisi borang kajian pada pautan yang disediakan. Maklum balas tuan/puan amat penting bagi memastikan ECOFARM terus menambah baik kualiti perkhidmatan serta memenuhi keperluan pelanggan secara berterusan.
Ìý
Pautan kajian:ÌýÌý(atau imbas kod QR di atas)
Ìý
Kerjasama dan maklum balas tuan/puan amat kami hargai.
Ìý
Sekian, terima kasih.
Ìý
Ìý


