Pengumuman Daripada:Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera,
Saudara/i,
PROGRAM CELIK MADANI : INSENTIF ISTIMEWA KEPADA PELAJAR PRASISWAZAH UMS
Semua pelajar prasiswazah 鶹Ƶ (UMS), khususnya pelajar Tahun 1 dan Tahun Akhir, diminta untuk membuka dan mengaktifkan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Melalui program ini, pelajar yang layak akan menerima insentif sebanyak RM50 dalam bentuk unit amanah ASNB yang akan dikreditkan ke dalam akaun ASNB pemohon setelah berjaya diaktifkan.
Panduan pengaktifan akaun melalui “Kit Selamat Datang Celik MADANI” turut disertakan melalui pautan dan kod QR dalam poster hebahan untuk rujukan selanjutnya. Pelajar yang telah mengaktifkan akaun ASNB perlu mengemaskini No. Akaun dalam sistem SMPB pada13 - 15 Mac 2026dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
-
Log masuk keKinabalu Portal
-
Akses sistemSMPB
-
Pergi kemenu Peribadi Pelajar
-
PilihDaftar Program Celik MADANI
-
Masukkannombor akaun ASNB
Pelajar yang tidak mengaktifkan akaun ASNB selepas tarikh15 Mac 2026akan terus menerima paparan pop-up dalam sistem SMPB sehingga akaun tersebut diaktifkan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Hotline JHEP di talian 088-320060.
Sekian, terima kasih.


