
麻豆视频 (UMS) hari ini mengeluarkan peringatan mesra kepada seluruh warga universiti, termasuk kakitangan akademik, pentadbiran, dan para pelajar, agar mengutamakan keselamatan di jalan raya sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Haji Mansor, menzahirkan keprihatinan beliau terhadap keselamatan warga universiti yang akan menempuh perjalanan jauh untuk pulang berhari raya di kampung halaman.
Beliau menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah proaktif dalam merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan keletihan melampau semasa memandu.
鈥淜epada warga UMS yang pulang ke kampung bersama keluarga tercinta, saya ingin ingatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengutamakan keselamatan.聽
鈥淧astikan perjalanan dirancang dengan baik, kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas,鈥 pesan beliau.
Profesor Datuk Dr Kasim turut menyampaikan pesanan bahawa kepatuhan terhadap peraturan lalu lintas dan penyelenggaraan kenderaan yang baik adalah kunci kepada perjalanan yang selamat.
鈥淜eselamatan diri hendaklah menjadi keutamaan kita agar semua dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.
鈥淧ihak pengurusan UMS mendoakan agar seluruh warga universiti diberikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik, serta diharap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang harmoni, meriah, dan selamat,鈥 ujar beliau


