Âé¶¹ÊÓÆµ

Pilih bahasa anda

Language

Dapur Siswa UMS Meriah, 150 Pelajar Sertai Aktiviti Rewang dan Iftar Bersama Pengurusan Universiti

Semangat gotong-royong dan ukhuwah terus subur di Âé¶¹ÊÓÆµ (UMS) apabila kemudahan Dapur Siswa universiti itu dimanfaatkan sepenuhnya menerusi penganjuran Aktiviti Rewang sempena bulan Ramadan, di Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) di sini, baru-baru ini.

Program yang disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa ini anjuran Pusat Pengurusan Non-Resident dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) UMS dengan kerjasama Pengurusan Kolej Kediaman, menghimpunkan kira-kira 150 pelajar yang masih meluangkan masa di kampus sebelum pulang bercuti.

Kemeriahan program mula dirasai seawal pagi apabila kakitangan PNRF, barisan pengurusan kolej kediaman, felo, dan para pelajar berganding bahu memerah keringat memasak dan menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa secara beramai-ramai.

Menjelang waktu berbuka, majlis diserikan dengan pengisian rohani menerusi sesi tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah dari Pusat Islam UMS, Ustaz Mohd Zakri Mainang.

Dalam ceramahnya, beliau mengingatkan para hadirin tentang kepentingan menghayati nilai kesyukuran, mengamalkan kesederhanaan, serta mengambil peluang pada bulan Ramadan untuk memperkukuh ikatan silaturahim.

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Raman Noordin. Beliau menzahirkan harapan agar inisiatif seumpama itu dapat dijadikan acara tradisi.

"Kita berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan universiti, staf, dan pelajar. 

"Ia secara tidak langsung menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan kebersamaan di dalam kampus," katanya.

Hadir sama Pengarah PNRF, Stella @ Nurul Martini Gontol; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Azmi  Jumat; dan Pengarah Pusat Sukan, Ahmadi Bin Nurdin. 

Yang turut hadir  barisan Pengetua Kolej Kediaman serta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Allen Paul Justinus.

Kemuncak program menyaksikan seluruh warga kampus menjamu selera dalam suasana yang cukup harmoni, sekali gus menterjemahkan simbol kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang utuh di UMS. Para jemaah juga menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) UMS.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Âé¶¹ÊÓÆµ
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN


Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda