- Jumlah paparan: 669
Pusat Alumni dan UMS 4WDVC Berkongsi Rezeki dengan Pelajar UMS Setiap Hari Jumaat Bulan Ramadan
Sempena bulan Ramadan tahun 2023/1444H, Pusat Alumni dan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda 鶹Ƶ (UMS 4WDVC) bergabung tenaga menyediakan 300 hingga 350 pek juadah iftar setiap hari Jumaat sempena program Berkongsi Rezeki Ramadan.
Pek juadah iftar ini diagihkan secara percuma kepada para pelajar UMS yang berada di sekitar kampus.
Dalam program tersebut, kakitangan Pusat Alumni serta ahli-ahli UMS 4WDVC bergotong-royong memasak bagi menyediakan juadah bermula dari pukul 2.00 petang sehingga waktu berbuka.
Pengarah Pusat Alumni, Dr. Arif Kamisan Pusiran berkata, program diadakan setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan dengan menyasarkan para pelajar UMS.
“Kami berharap dengan penganjuran program ini sedikit sebanyak dapat berkongsi rezeki selain membantu sebahagian pelajar mendapatkan juadah berbuka puasa secara percuma.
“Program julung kali ini membabitkan aktiviti menyediakan pek juadah berbuka, air dan kurma hasil sumbangan daripada alumni UMS serta syarikat swasta dan pihak penganjur bercadang untuk meneruskan program ini di masa hadapan ekoran sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar.
“Para pelajar juga menyambut baik inisiatif yang diadakan oleh pihak penganjur untuk menyediakan juadah berbuka secara percuma selain menjimatkan perbelanjaan pembelian juadah harian mereka,” katanya yang juga Pengarah Projek Berkongsi Rezeki Ramadan 2023.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Samasudin Hj.Yusop; Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin, serta Presiden UMS 4WDVC, Prof. Dr. Shahril Yusof turut sama mengagih-agihkan pek juadah iftar Ramadan.



Persidangan Kualiti Hidup Borneo kali Ke-3 bakal diadakan di 鶹Ƶ (UMS) pada 23 hingga 26 Mei depan.
Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan Bengkel Semakan HIRARC Kluster Kolej Kediaman sebagai langkah awal dalam memastikan sebarang risiko keselamatan di kolej kediaman UMS dapat dikenal pasti.
Seramai 39 peserta mengambil bahagian pada Festival Kesenian Islam 2023 (FKI'23) peringkat Kebangsaan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), 鶹Ƶ (UMS).