鶹Ƶ

KOTA KINABALU: Susulan dengan kejadian aliran debri yang berlaku di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi ini, Pensyarah Kanan dari Fakulti Kejuruteraan 鶹Ƶ (UMS) Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith berkata, empangan itu dibina untuk menyalurkan bekalan elektrik di kawasan sekitar.

Katanya, empangan tersebut sebenarnya bukan dibina sebagai takungan air yang berlebihan.

“Kerosakan pada bahagian empangan ini adalah disebabkan oleh aliran debri (debris flow) yang terdiri daripada batu-batuan dan pokok-pokok yang telah hanyut dan terkumpul dibahagian empangan.

“Aliran debri merupakan antara bahaya geologi yang membawa maut dan boleh menyebabkan kerosakan harta benda terutamanya di Malaysia.

“Kejadian ini berkemungkinan terjadi akibat terdapat kawasan tanah runtuh berdekatan disebabkan hujan yang berpanjangan sebelum dihanyutkan oleh arus sungai dan akhirnya terkumpul di bahagian empangan,” katanya.

Beliau yang juga Felo Penyelidik Utama bagi Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) UMS berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Sheena berkata, tahap tampungan dan bebanan yang besar menyebabkan struktur empangan tersebut tidak dapat menanggung beban luar jangkaan dan seterusnya telah menyebabkan keruntuhan.

“Oleh yang demikian, maka lebihan debri telah melimpah dan membanjiri kawasan sekitar empangan seterusnya merosakkan dan menimbus beberapa struktur bangunan terutamanya kawasan perumahan berdekatan serta kenderaan.

“Kejadian serupa dapat dilihat daripada peristiwa pasca gempa bumi dahulu yang disusuli oleh kejadian tanah runtuh dan hujan yang berpanjangan berlaku pada tahun 2015 di kawasan Mesilau dan Ranau.

“Kejadian tersebut menyebabkan tanah runtuh dan seterusnya mengalirkan aliran debri di kawasan Mesilou yang mana struktur jambatan telah runtuh dan hanyut disebabkan bebanan yang terlalu tinggi,” jelasnya.

Menurut Noor Sheena lagi, sudah tiba masanya kejadian bencana alam seperti aliran debri ini perlu diambil berat terutamanya apabila melibatkan pembinaan struktur yang besar seperti jambatan dan empangan.

“Dengan mengambil kira analisis model aliran debri, di mana anggaran halaju dan larian atau haluan aliran debri tersebut dapat dibuat lebih awal dan seterusnya dapat mengurangkan risiko serta kerosakan akibat daripada bencana alam,” ujarnya.

Pada pagi Selasa, penduduk di sekitar Tenom, Keningau dan Beaufort telah dikejutkan dengan kejadian banjir yang memusnahkan beberapa kawasan perumahan penduduk akibat daripada hujan yang berterusan.

Ia menyebabkan kejadian aliran debri di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi, Tenom yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk.

KOTA KINABALU – 鶹Ƶ (UMS) menerusi penglibatan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS4WDVC) akan memberikan komitmen penuh terhadap sukan permotoran lasak seperti penganjuran Borneo Safari International Off-Road Challenge 2022 kali ke-30.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata UMS sentiasa menyokong penglibatan persatuan atau pertubuhan yang berdaftar dengan UMS membantu dan bekerjasama dengan penganjur dari luar.

“Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS sememangnya aktif membantu penganjur luar yang menganjurkan pertandingan, menyertai misi kemanusiaan serta menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memerlukan kenderaan pacuan empat untuk masuk ke kawasan pedalaman yang mempunyai akses jalan raya yang terhad.

“Selain itu, kelab ini juga berkolaborasi dengan fakulti dan jabatan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran ini akan dikongsikan dengan komuniti yang memerlukan,” katanya ketika ditemui semasa sesi pelepasan pasukan Medik UMS yang akan menyertai Borneo Safari 2022 yang berlangsung di lobi Bangunan Canselori baru-baru ini.

Tambah Datuk Kasim, pasukan Medik UMS dianggotai seramai 30 peserta yang terdiri daripada 3 doktor perubatan, 3 pembantu perubatan, 6 jururawat dan selebihnya pemandu, pembantu pemandu dan sukarelawan.

Beliau turut berpesan agar semua peserta Medik UMS menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang 8 hari bertugas di Borneo Safari.

Untuk rekod, UMS 4WDVC telah dijemput untuk menjadi pasukan perubatan rasmi Borneo Safari sejak tahun 2014 dan terlibat memberikan konsultasi perubatan dan memantau pertandingan Special Stage (SS) serta bertindak merawat sebarang kecederaan yang berlaku terhadap peserta semasa pertandingan tersebut berlangsung.

Pasukan Medik UMS akan diketuai oleh Profesor Dr. Shahril Yusof, Presiden UMS 4WDVC yang juga bertindak sebagai Event Doctor Borneo Safari 2022.

KOTA KINABALU: Sebanyak 171 pelajar B40 di Sabah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke 鶹Ƶ (UMS) melalui Ambilan Saluran Khas B40 UMS sesi akademik 2022/2023.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, untuk sesi kemasukan ini konsep turun padang dilaksana agar dapat melihat keadaan persekitaran serta sosioekonomi keluarga selain dapat berjumpa sendiri dengan keluarga calon pelajar.

“Program ini diadakan hampir setiap tahun sejak tahun 2013 bertujuan membantu calon-calon pelajar dari latar belakang sosioekonomi yang kurang berkemampuan atau dalam kategori keluarga B40 melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada UMS mendekati pelajar yang mendapat tawaran kemasukan, bahkan juga memberi peluang UMS mendekati masyarakat bagi memberi penerangan berkaitan peluang dan kepentingan pendidikan kepada semua masyarakat di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan surat tawaran kepada pelajar ambilan saluran khas B40 UMS sesi akademik 2022/2023 bagi Zon Kota Belud di SMK Pekan Kota Belud pada Khamis.

Pada majlis itu Rahman turut menyampaikan surat tawaran kepada 20 pelajar dari SMK Pekan Kota Belud dan SMK Taun Gusi sambil disaksikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor.

Terdahulu dalam ucapannya Kasim berkata, sebanyak lima fakulti dipilih untuk menempatkan calon-calon B40 yang ditawarkan melalui saluran ambilan khas kali ini.

“Fakulti yang terlibat adalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) dan Fakulti Perhutanan Tropika (FPT).

“Saya sangat terharu mendengar semua cerita dan saya turut merasakan kegembiraan pelajar yang mendapat tawaran masuk ke universiti melalui kemasukan mod B40.

“Kepada pelajar, tahniah diucapkan dan teruskan kecemerlangan. Kepada ibu bapa terima kasih di atas sokongan dan kasih sayang anda semua, dan akhir sekali terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam mendidik pelajar-pelajar ini agar sentiasa teguh untuk belajar,” katanya.

KOTA KINABALU: Para penyelidik 鶹Ƶ (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam penyertaan Malaysian Road Conference Invention & Innovation (MRC-IIE) 2022, baru-baru ini.

Pingat emas pertama dimenangi melalui inovasi bertajuk Recycled Plastic Compressed Paver Block oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Ts. Dr. Lillian Gungat.

Lillian turut meraih pencapaian berganda apabila sebuah lagi kumpulan penyelidik yang diketuainya dianugerahkan pingat gangsa melalui inovasi Rubberised Sandstone Aggregate for Road Construction.

Satu lagi pingat emas dimenangi kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa.

Mereka mencipta inovasi bertajuk An Innovative Production Method of Interlocking Compressed Earth Brick System for Green Building Construction.

Sementara itu, pingat selebihnya iaitu satu pingat perak dimenangi melalui inovasi bertajuk Eco-Friendly Paver Block: Development of Concrete Eco-Paving Blocks using Crumb Rubber Granules and Eco-Processed Pazzolan.

Ia dihasilkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Ir. Ts. Dr. Habib Musa Mohamad.

Berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, kesemua penyertaan penyelidik UMS dikendalikan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP).

KOTA KINABALU: 鶹Ƶ (UMS) received a shot in the arm with RM2 million funding from the Sabah government to boost its research.

Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said the research effort would open up new opportunities for learning and growth and he hoped to see UMS doing more in this area.

"Hence, I am pleased to announce the state government's contribution of RM2 million to the UMS research fund.

"I hope this will spur the university's research agenda," he said at the "Aku Janji" pledge ceremony in conjunction with the orientation week of new students for the 2022/2023 intake at the UMS Chancellor Hall recently.

Present were the new UMS vice-chancellor, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur, Special Tasks and Coordination Minister and State Education Exco, Datuk Ariffin Arif and Chairman of the UMS Board of Directors, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

A total of 4,576 students have been selected for the new intake of which 60.6 per cent or 2,770 are from Sabah and 1,144 from other states, 582 from Sarawak and 23 international students.

In his speech, Hajiji hoped more youths will be involved in the election process since all citizens were automatically registered as voters upon reaching 18 years of age.

"It is not just because you are registered automatically, but it is your responsibility as a citizen to choose the country's government," he said.

The Pro-Chancellor of UMS also advised the new students who come from different religious and racial backgrounds to make UMS the platform to continue maintaining and strengthening the unity that has been forged between them.

"Through such understanding, there will be racial and religious harmony and unity. We must always be united in order to preserve peace and prosperity," he said.

Hajiji added that as the next echelon of leaders, the younger generation had the responsibility to equip themselves with knowledge, skills and high morals with impeccable etiquette through education.

"Youth must be given the opportunity to formulate the nation's development policies. In recent years, more youths have come forward to be involved in several state elections in Malaysia, which showed their readiness to contribute in terms of ideas and energy in developing the country."

The Sabah government has always provided space and opportunities for youths in Sabah to be involved in the process in a more holistic way through several initiatives like the Sabah Youth Parliament as well as Sabah Maju Jaya Fellow programmes under the purview of the Youth and Sports Ministry.

The first batch of 24 graduates were selected for the Sabah Maju Jaya Fellow programme to undergo a six-month guidance programme in all 12 state ministries in March this year.