JUMAAT, 26 OGOS – Program Daycare Pusat Minda Lestari (PML) dengan kerjasama Perpustakaan 鶹Ƶ telah menganjurkan pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan baru-baru ini.
Bertempat di Bilik Koleksi Kanak-Kanak Perpustakaan UMS, pertandingan ini antara lain bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan murid-murid Daycare PML.
Pertandingan tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu peringkat 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.
Bagi kategori 6 tahun, johan disandang oleh adik Ahmad Nadzhan Adzraei Hasmadi, manakala adik Nurul Hannan Dammed dan adik Mohd Fauzan Harith masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.
Kategori 5 tahun pula menyaksikan adik Nurul Junainah Muhammad Naseef muncul johan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh adik Nurul Safiyyah Zahira Mayga dan adik Aryan Hasif Lai Latif Lai.
Adik Irsyad Ruzaini Bin Rahmat pula muncul johan bagi kategori 4 tahun, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi adik Amanda Alisha Mohd Hilmey dan adik Aisyah Humaira Mustapha.
Pertandingan sebegini giat dijalankan oleh PML bagi memberi peluang terhadap perkembangan sosio emosi murid, selain memperkembangkan daya intelek dan melatih perkembangan motor halus ke arah perkembangan yang lebih baik.
Sumber: Pusat Minda Lestari UMS



KHAMIS, 08 SEPTEMBER - Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Persidangan Perniagaan Antarabangsa Borneo (IBBC) kali ke-7 yang bermula kelmarin.
KHAMIS, 8 SEPTEMBER – 89 orang pelajar baharu 鶹Ƶ (UMS) Sesi 2016/2017 dari kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menerima bantuan kebajikan dalam satu majlis di Galeri Majlis, pagi tadi.
RABU, 07 SEPTEMBER - 14 alumni dari setiap fakulti di 鶹Ƶ (UMS) mengambil bahagian dalam Program Bersama Alumni Anda sempena Minggu Suai Mesra (MSM) sesi 2016/2017 baru-baru ini.
RABU, 07 SEPTEMBER – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS, Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi menasihatkan pelajar baharu 鶹Ƶ, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) supaya menguasai Bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka memahami pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diajar pensyarah di bilik kuliah.