KHAMIS, 22 SEPTEMBER - Seramai 100 peserta dari seluruh negara menyertai Kursus Malaysia Private Entities Reporting Standard (MPERS) yang dianjurkan Jabatan Bendahari, 鶹Ƶ (UMS) bermula hari ini.
Dengan tema “Are You Ready to be Audited?”, kursus diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu dan dikendalikan dua penceramah berpengalaman luas dalam bidang audit.
Mereka ialah Thong Foo Vung iaitu rakan juruaudit KPMG yang juga Ahli Lembaga Pengarah dalam Auditing and Assurance Standards Board (AASB), dan Pengurus KPMG, Sye Yie yang juga pernah berkhidmat di firma audit KPMG di Taiwan.
Terdahulu Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan dalam ucapannya berkata, pelaksanaan kursus MPERS adalah sejajar dengan piawaian perakaunan baharu yang dikeluarkan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) pada 14 Februari 2014 yang mana MPERS menggantikan piawaian yang sedia ada.
“Piawaian ini terpakai bagi penyata kewangan yang disediakan bermula pada atau selepas 1 Januari 2016,” katanya.
Beliau turut menyuarakan harapan agar pendekatan perkongsian ilmu yang diterapkan tidak akan terhenti dalam kursus itu sahaja tetapi para peserta disarankan untuk terus menjalinkan kerjasama yang erat sesama mereka.
“Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke negeri di Bawah Bayu bagi semua peserta dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
“Terima kasih kerana telah memilih untuk menyertai kursus MPERS anjuran UMS,” katanya lagi.
Kursus MPERS akan berlangsung selama dua hari sehingga esok.



KHAMIS, 22 SEPTEMBER - Unversiti Malaysia Sabah (UMS) menduduki tempat ketiga kategori Tarian Kreatif Terbuka pada Festival Seni Borneo 2016 yang dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.
RABU, 21 SEPTEMBER - Dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi di negeri ini, satu Surat Niat (LOI) di antara 鶹Ƶ (UMS), Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) serta Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dimeterai hari ini.
RABU, 21 SEPTEMBER – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 鶹Ƶ (UMS) telah menganjurkan Forum Kesihatan Awam Mengenai Virus Zika yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai pencegahan virus tersebut.
SELASA, 20 SEPTEMBER – Program Daycare dan Transit, Pusat Minda Lestari (PML) 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Sabah baru-baru ini.