ISNIN, 26 SEPTEMBER – Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16) mampu menjadi platform dalam memupuk kerjasama tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan profesion pendidikan dan psikologi khususnya di kepulauan Borneo.
Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Mohd Ayid, pendidikan dan psikologi adalah dua bidang yang saling berkaitan dan mampu memberi kesan yang besar terhadap kebajikan masyarakat.
“Diharapkan persidangan ini dapat memberi ruang kepada pendidik dan penyelidik untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan isu-isu pendidikan dan psikologi terkini bagi manfaat masa depan di rantau ini,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan ICEduPsy16 di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Terdahulu, Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, kerjasama melalui persidangan sebegini akan memperkukuhkan hubungan berjiran khususnya Malaysia-Indonesia, dan juga menggalakkan perkongsian pemindahan pengetahuan dalam kalangan pakar dalam bidang psikologi dan pendidikan.
“Bertepatan dengan tema yang digunakan iaitu ‘Transformasi Mendidik Generasi Dalam Membentuk Masa Depan’, ini memberi peluang kepada peserta berbahasa dalam bidang psikologi dan pendidikan hasil penyelidikan dan penemuan tingkah laku manusia dan inovasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
“Usaha ini juga akan membawa pandangan baru dalam memajukan bidang psikologi dan pendidikan yang diamalkan di kedua-dua negara,” katanya.
Seramai 500 peserta terdiri daripada delegasi kedua-dua negara menyertai persidangan dua hari anjuran bersama Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS dan Universitas Borneo Tarakan Kalimantan Timur Indonesia.



JUMAAT, 23 SEPTEMBER – 鶹Ƶ (UMS) pagi ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seksyen Perhubungan Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, yang berlangsung di Bangunan Canselori, UMS.
JUMAAT, 23 SEPTEMBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan bengkel “4th Ultrasound in Obstetric and Gynecology” selama tiga hari di Auditorium Utama fakulti berkenaan.
KHAMIS, 22 SEPTEMBER - Seramai 100 peserta dari seluruh negara menyertai Kursus Malaysia Private Entities Reporting Standard (MPERS) yang dianjurkan Jabatan Bendahari, 鶹Ƶ (UMS) bermula hari ini.
KHAMIS, 22 SEPTEMBER - Unversiti Malaysia Sabah (UMS) menduduki tempat ketiga kategori Tarian Kreatif Terbuka pada Festival Seni Borneo 2016 yang dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.