ISNIN, 13 NOVEMBER – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad meminta agar golongan mahasiswa mengekalkan prinsip ‘3J’ - Jangan Hulur, Jangan ‘Kautim’ dan Jangan ‘Settle’ sebagai memastikan jati diri golongan mahasiswa terhindar daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Katanya, ia bagi memastikan golongan mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan bangkit bagi memastikan negara bebas rasuah dan salah guna kuasa menjelang tahun 2050.
“Gejala rasuah dan salah guna kuasa ini hanya dapat dibanteras apabila golongan muda khususnya para mahasiswa sentiasa memegang kuat prinsip ‘3J’.
“Justeru, ini adalah tujuan utama penganjuran program ini iaitu memberi pengetahuan agar para belia menjadi matang dalam tindak tanduk serta teguh dengan prinsip 3J sekali gus membantu pihak SPRM untuk sama-sama memerangi segala bentuk rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Tan Sri Dzulkifli berkata demikian ketika menyampaikan ceramah eksekutif pada Majlis Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (PEMARAH) 2.0 Borneo di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, 鶹Ƶ (UMS) pada Sabtu.
Program anjuran bersama SPRM dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS itu menyaksikan penyertaan lebih 1,000 mahasiswa UMS dan pelajar sekolah dari sekitar Kota Kinabalu.
Kesemua mereka turut melaungkan ‘3J’ sebagai tanda sahutan terhadap saranan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Program sehari itu juga diisi dengan sesi ceramah TN50 dari Benreza Hezery Uzair, persembahan teater anti rasuah dan persembahan bermesej dari artis Felix AF, Velvet AF dan kumpulan Zero.
Hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof; Pengarah SPRM Sabah, Dato’ Sazali Salbi dan juga Presiden Sabah Big Bikers Asccociation (SBBA), Angus Wong.



ISNIN, 13 NOVEMBER – Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) menganjurkan Program Minggu Bahasa di Dewan Utama Kolej Kediaman Tun Mustapha, 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini.
JUMAAT, 10 NOVEMBER – Perkongsian pengetahuan dan hasil penyelidikan dalam bidang Sains, Matematik, dan Teknologi Pendidikan (SMTE) penting dalam mempersiapkan generasi muda khususnya terhadap cabaran-cabaran yang akan mendatang.
JUMAAT, 10 NOVEMBER – Cuaca hujan pada acara pelepasan Larian Konvo 鶹Ƶ (UMS) tidak mematahkan semangat lebih 250 orang peserta yang memeriahkan acara larian tersebut baru-baru ini.
THURSDAY, 9 NOVEMBER - Much to the surprise of the first year students participating in the Fun-tastic race at UMS on Saturday, 4 November, learning English tenses and parts of speech actually turned out to be ‘good fun’. The students were all from UB00102 Communicative English Grammar, a foundation English course offered by the Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning (CPKLL).