SELASA, 21 NOVEMBER - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini menganjurkan Bengkel Penulisan di Dewan Mini Karisma Tun Mustapha.
Pengarah program, Maslinda Firdaus berkata, seramai 30 peserta menyertai bengkel penulisan itu yang terdiri daripada ahli Majlis Sekretariat KKTM.
“Objektif bengkel penulisan ini adalah untuk meningkatkan kualiti penulisan surat menyurat dalam kalangan mahasiswa.
“Ia juga bagi memberi pendedahan tentang pentingnya penulisan format surat rasmi serta mempelajari teknik penulisan laporan dan kertas kerja untuk memudahkan urusan permohonan jika ingin mengadakan sesuatu program,” katanya dalam satu kenyataan.
Maslinda berkata, adalah menjadi harapannya agar para peserta dapat mengaplikasi teknik penulisan yang dipelajari dengan menghasilkan penulisan surat rasmi dan kertas kerja yang lebih baik dan berkesan selepas ini.
“Setelah mendapat ilmu penulisan dalam bengkel ini, besar harapan saya agar lebih banyak program akan dicadangkan dan dapat dilaksanakan oleh para peserta untuk kolej kediaman KKTM, ” tambahnya.
Bengkel penulisan itu telah dikendalikan Penolong Pendaftar Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS, Kim Asbiyallah Shah Akim.
Melalui taklimatnya beliau telah memberikan tips-tips penting untuk menulis surat rasmi dan kertas kerja dengan format yang betul dan tepat.
Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membantu mereka lebih memahami konsep penulisan surat rasmi dan kertas kerja yang tepat, peserta dikehendaki membuat pembentangan bagi melihat keberkesanan selepas mengikuti bengkel tersebut.



SELASA, 21 NOVEMBER – Seramai 31 ahli Kumpulan Acropora yang terdiri daripada mahasiswa tahun 3 Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan program ‘Turtle Conservation’ di ‘Stairway to Hope Learning Center’, Kampung Kalansanan, Inanam baru-baru ini.
KOTA KINABALU, 18 November – Majlis Konvokesyen 鶹Ƶ (UMS) ke-19 akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin (20 November).
JUMAAT, 17 NOVEMBER – Seramai 70 orang pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sesi 2017 diraikan dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar KAFA Masjid UMS 2017 anjuran Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS)
KHAMIS, 16 NOVEMBER - American Corner Sabah yang diwujudkan hasil kerjasama antara 鶹Ƶ (UMS) dan Seksyen Hal Ehwal Awam, Kedutaan Amerika Syarikat dilancar dalam satu majlis di Perpustakaan UMS, pagi tadi.