- Jumlah paparan: 211
Penghantaran Laporan Pemantauan Bagi Program/Projek Penyelidikan di Bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2025
Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan Penyelidikan

Penghantaran Laporan Pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 telah dilaksanakan bermula21 Mac sehingga 6 Mei 2025 bagi program/projek penyelidikan yang merangkumi skim geran penyelidikan seperti berikut :
- Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023
- Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 hingga Fasa 1/2023
- Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020
Laporan Prestasi/Akhir bagi kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025(Data Pencapaian sehingga 31 Disember 2024)hendaklah disediakan secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih belum boleh diakses. Borang Pemantauan Manual telah dipanjangkan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) masing-masing.
Sehubungan dengan itu, mohon tindakan untuk menghantar Borang Pemantauan Manual berkenaan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.SEBELUM ATAU PADA 6 MEI 2025.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah terus berhubung dengan Puan Rohani Hadi (No. Telefon : 016-8032554) atau Encik Afendih Bin Ambrih (No.Telefon : 013-8216167)







