鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Penerbit UMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Skim Dana Penerbitan Buku (SDPB 3.0) dan Skim Dana Modul Pengajaran (SDMP 2.0) yang telah dibuka bermula 1 Mac 2025 kini dilanjutkan sehingga 29 Mei 2025.
Tarikh Buka: 1 Mac 2025
Tarikh Tutup Dilanjutkan Sehingga: 29 Mei 2025
Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai melalui pautan https://tinyurl.com/danabukuartikel24.
Permohonan boleh dihantar ke Penerbit UMS, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Ainun: 013-8711716/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pn. Veronica: 014-5586647/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (SDPB 3.0)
Pn. Alecia: 014-6777518/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (SDMP 2.0)
Sekian, terima kasih.

Penerbit UMS
LIKE | FOLLOW | SHARE
Ikuti laman sosial rasmi PUMS,
Facebook: Penerbit UMS (Official)
Instagram: @penerbit_ums
#umspress
#leadingtowardsinnovativesocieties
#bertekadcemerlang
#umsbahni

Pengumuman Daripada:Perpustakaan UMS

Pihak Perpustakaan ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup bermula jam 8:00 sehingga jam 10 malam (16 April 2025)bagi kerja-kerja menaik taraf Unit Pengendalian Udara (AHU).
Sehubungan itu, pihak Perpustakaan ingin memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

Pengumuman Daripada:Pusat Islam UMS

🌙✨BENGKEL PERUBATAN ISLAM (RUKYAH SYARIYYAH) 1446H/2025M ✨🌙
Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam 鶹Ƶ akan mengadakan Bengkel Perubatan Islam (Rukyah Syariyyah), yang akan diadakan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
📆Tarikh : 30 April 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
📍Lokasi : Bilik Seminar 1, Pusat Islam UMS
🔗Borang Penyertaan:
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dijemput untuk menyertai Bengkel Perubatan Islam bagi mempelajari kaedah rawatan yang tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan jasmani tetapi juga mendalamkan penghayatan spiritual.
📝Mata IDP disediakan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞011-3734 1337

Pengumuman Daripada:Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) 鶹Ƶ untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.