鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PERTANDINGAN VIDEOTIKTOKKKP SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2024

Butiran Pertandingan adalah seperti berikut:

📌Tempoh Penyertaan:01 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2024 jam 11.59 malam

📌Tempoh Penjurian: 20 Mei 2024 sehingga 23 Mei 2024

📌 Aktiviti: Menghasilkan video bertemakan *Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja*.

📌 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu video. Walau bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi *satu hadiah* sahaja.

📌Terbuka Kepada: Kakitangan dan Pelajar UMS serta Orang Awam.

✨ ANDA BERMINAT?✨

Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA. Sila rujuk pautan berikut untuk panduan anda:Kemudian tekan pautan di bawah untuk pendaftaran penyertaan.

🎁 Hadiah yang ISTIMEWA menanti anda.

🌻🌻 Jangan lepaskan peluang ini. Jom bertiktok bersama kami🤳🏻 #OSHDayUMS2024

PIC: 1. Anisa binti Hj. Assan -

2. Beathny Azuren binti Atinin -

Anjuran: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), 鶹Ƶ.

Dengan Kerjasama: Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, 鶹Ƶ.

Pengumuman Daripada:Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

Awasi tahap kebanjiran kuah dalam hidangan anda, terutamanya kuah bersantan atau berlemak. Semakin banjir kuah, semakin tinggi kalori, semakin tinggi risiko obesiti! Jom, elakkan banjir dalam hidangan.

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

Pengumuman Daripada:Pusat Komunikasi Korporat

Pertandingan Video Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan SempenaProgram “See Me OSH@UMK 2.0
PertandinganPoster Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan SempenaProgram “See Me OSH@UMK 2.0
Pertandingan Virtual Run SempenaProgram “See Me OSH@UMK 2.0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM “SEE ME OSH@UMK 2.0 TAHUN 2024” UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) akan menganjurkan Program “See Me OSH@UMK 2.0 Tahun 2024. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program bermula bulan 09 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Program ini diadakan sempena sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 28 April dan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan pada minggu kedua bulan Julai setiap tahun.

3. Antara aktiviti yang dianjurkan ialahPertandingan Virtual Run, Pertandingan Poster Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)danPertandingan Video Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).Maklumat lanjut berkaitan program/ pertandingan sepertimana poster yang dilampirkan.Sehubungan itu, pihak CMeOSH UMK menjemputYBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,untuk menyertai serta mewar-warkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini.

4. Bersama – sama ini juga dilampirkan poster aktiviti untuk perhatian pihak YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut dan maklum balas berhubung perkara ini boleh hubungi Puan Norhidayu binti Noruddin ditalian 09-7797773/ 11315 atau melalui emelAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Pendidikan Fleksibel UMS

Sistem Pendaftaran Saluran Ambilan Terbuka UMS (SATUMS) Kini Dibuka.
Mod Pengajian Sepenuh Masa, permohonan tanpa melalui UPU.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Julai 2024
Klik link di bawah:

Sekian, terima kasih.