鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Pengurusan EcoCampus

PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS ANJUR BENGKEL PENGURANGAN SISA
Tarikh : 2 Oktober 2024
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Sabah International Convention Centre (SICC)
Strategi dan 'Way Foward' dalam cabaran mendepani pengurangan sisa akan dikupas dan diadun di dalam Bengkel Pengurangan Sisa anjuran Pusat Pengurusan EcoCampus bersama Focal Person JAFPIB yang telah dilantik.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

Assalamualaikum & salam sejahtera,
YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan danPenyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), 鶹Ƶ (UMS) akan mengadakan Kursus Kesedaran Halal Siri 9/2024 pada:
Tarikh: 3 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang (4 jam)
Platform: Secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex
Yuran: RM150/peserta
Sasaran Peserta: Terbuka kepada semua
Bagi yang berminat untuk mendaftar, YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puanboleh mengimbas QR Kod yang dinyatakan dalam poster atau mendaftar melalui pautan Borang PendaftaranKursus Kesedaran Halal Siri 9/2024 ini:
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada:Hospital UMS

Merdeka & Hari Malaysia 2024 Promo
Balik Kampung Set Kit
VIVIFY Herbal Soap & TREAL Shampoo
Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia 2024 dari HUMS Pharma! 🇲🇾
Dalam semangat kemerdekaan, kami di HUMS Pharma ingin menghargai sokongan anda dengan tawaran diskaun istimewa!
Nikmatidiskaun 5-10%untuk semua produk kesihatan dan suplemen sepanjang bulan Ogos hingga September.
Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan anda sambil meraikan hari bersejarah ini bersama kami.
Kunjungi HUMS Pharma hari ini dan manfaatkan promosi hebat ini! Merdeka! Malaysia Madani! 🎉
Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pengumuman Daripada: Jabatan Digital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😊,

Acara kemuncak yang ditunggu semakin tiba🤩🤩…

Raihkan bersama kamiBulan Digital UMSyang akan berlangsung pada24 September - 11 November 2024ini dengan temaAI Synergy: Transforming Ideas into Reality!Temui bagaimana kecerdasan buatan dapat menyatukan kekuatan kreatif anda dan teknologi canggih untuk merealisasikan idea-idea hebat anda. Sertai kami dalam perjalanan inovasi, dari idea ke pelaksanaan, dengan penyelesaian AI yang memberdayakan dan menginspirasi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program yang dirancang sepanjangBulan Digital UMSini. Semua warga sekitar Kota Kinabalu dengan sukacitanya diundang untuk menyertai program ini kerana banyak acara menarik termasuklah:

1.    KELAS ICT 👨‍🏫👩č🏫

2.    ICT EXPO💻📱

3.    PAMERAN PERALATAN KESELAMATAN & KOMUNIKASI📞📲

4.    EXPO PERKHIDMATAN PENDIDIKAN & DIGITAL🎓📚🖥️

5.    PAMERAN BUKU 📚

6.    GERAI MAKANAN & MINUMAN 🍟🍕🍔🍦🍭🧋🍭🥞

dan banyak lagi!!!!

Ops!! Tidak dilupakan juga Lucky Draw🎁 menanti anda sebagaiPENGUNJUNG DAN PEMBELIsemasa EXPO berlangsung! Pelbagai barangan eksklusif seperti Peralatan ICT dan Elektronik, Hamper , Baucar untuk dimenangi 🤩🤩🤩.

Mari sama-sama kita memeriahkan & Jumpa di sana!!!!💐💐

🌻Dikoordinasi oleh:

Jabatan Digital 鶹Ƶ

dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Akademik