鶹Ƶ

Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan dan Sunting UMS

Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Unit Terjemahan dan Sunting UMS (UTUMS) dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menawarkan Kursus Asas Penterjemahan (Intensif) khas untuk staf UMS sahaja (pentadbir dan akademik) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 23-28 September 2024 (Isnin-Sabtu)

Masa: 9.00 pagi-5.00 petang

Mod kursus: Dalam talian (Online)

Bahasa terjemahan: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Yuran: RM1000.00 seorang (bahan pembelajaran dan sijil)

Tarikh tutup pendaftaran: 18 September 2024 (Rabu)

Sorotan kursus:

  • Asas, teori dan teknik penterjemahan
  • Bahasa Melayu dalam terjemahan
  • Penterjemahan teks umum
  • Penterjemahan teks sains sosial
  • Penterjemahan teks sains teknologi

Kursus akan dijalankan oleh penatar ITBM yang berpengalaman.

Maklumat pembayaran kepada ITBM:

  1. Pindahan wang secara dalam talian
  2. Pesanan kerajaan (LO)
  3. Deposit mesin
  4. Cek tunai

Pautan pendaftaran:

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:

Dr. Wendy Hiew (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Dr. Rose Patsy Tibok (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Pengumuman Daripada:Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN HEBAHAN PROMOSI PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI MAKMAL BERSEPADU, PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan promosi perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) 鶹Ƶ untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

📢📢🔊 🔊🔊HEBAHAN KIDNEY RUN FOR CHARITY 2024🏃🏻‍♀🏃🏼‍♂
Jom semua sertai "Larian Kidney Run For Charity 2024"
Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi (Flag Off)
Tempat: Padang Kawad UMS
Kategori Larian:
Women Open
Women Veteran
Men Open
Men Veteran
Jarak Larian:
3 KM
10 KM
Yuran Penyertaan:
Early Bird (sehingga 15 September 2024)
3 KM: RM65
10 KM: RM75
Harga Biasa (pendaftaran terakhir *pada 30 September 2024):
3 KM: RM75
10 KM: RM85
Pelajar:
3 KM: RM50
10 KM: RM60
Pakej Larian termasuk:
1)T-Shirt
2) Bib
3)Medal
Hadiah:
💸💸🥇🥈🥉Wang tunai untuk tempat pertama hingga ketiga
🎁🎁Hamper untuk tempat keempat hingga kesepuluh bagi kategori 10km
Pendaftaran:
Sila daftar menggunakan kod QR yang terdapat pada poster atau hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi pesakit buah pinggang. Jangan lepaskan peluang ini untuk berlari sambilberamal🤗🥰

Pengumuman Daripada:Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

Inforgrafik Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI
Garis Panduan Permohonan Program Pendayaan Komuniti @ UniMADANI
Borang Permohonan Dana Komuniti@UniMADANI

Sukacita bersama ini adalahKEPUTUSAN PERMOHONAN DAN PELAWAAN SEMULA DANA PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI@UNIMADANI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

Projek-projek yang berjaya mendapat dana dan dipohon oleh Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) akan dibuka pada22 – 30 Ogos 2024. Garis Panduan Permohonan Program Pendayaan Komuniti @ UniMADANI, Borang Permohonan Dana Komuniti@UniMADANI dan Inforgrafik Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI boleh diperolehi melalui pautan.
Sebarang Pertanyaan lanjut, sila hubungiEn. Ag Nasip Yonos, Ketua Pentadbiran PKLMditalian No.Tel:+6019-8320212danCik Mastiah Kamis, Urusetia UniMADANI UMSditalian No.Tel:+6016-8129079atau melalui emelAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.