鶹Ƶ

Pengumuman Daripada:Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri

Salam sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Pihak Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI) amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan industri mengenai penyampaian perkhidmatan PKLI dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautanatau imbas kod QR yang disediakan.
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLI.
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada:Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

YBhg. Datuk/ Prof. / Dr./ Tuan/ Puan
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ramadan 🌸🪴
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FSMP akan mengadakan sesi perkongsian ilmu bertajuk Building a Culture of Mental and Emotional Wellbeing in Academia pada ketetapan seperti berikut:
📆 7 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi
🔗 Secara dalam talian (Webex)
Penceramah: Dr. Nur Farhana Ardillah binti Aftar, Ketua Program Psikologi, Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS)
Semua kakitangan dan pelajar adalah dijemput hadir mengikuti sesi ini. Pihak FSMP akan memohon mata IDP & SDP bagi yang hadir ke sesi ceramah ini.
Terima kasih 🪴🌸